Tuesday, February 18, 2014

Merawat Anak Selsema

Bila anak-anak selsema, memang susah hati. Tambah-tambah pula waktu malam. Sekarang anak-anak dah besar, jadi kuranglah sikit rasa risau tu. Diorang dah pandai nak uruskan hidung tu. Kalau dulu masa diorang masih kecik, memang susah hati. Tambah-tambah time nak tidur. Saya amalkan dua petua tradisional untuk merawat anak selsema. Alhamdulillah. Berkesan.

Petua Pertama : Guna Kunyit Hidup dengan Kapur Makan.

Kunyit Hidup

Kapur Sireh
  1. Tumbuk kunyit hidup dan perahkan airnya.
  2. Gaulkan air kunyit tadi dengan sedikit kapur sireh.
  3. Lumurkan pada batang hidung anak yang terkena selsema. Amalkan 2-3 hari.
Petua Kedua : Madu Lebah Asli

  1. Campurkan setengah sudu teh madu dalam susu anak sebelum tidur setiap malam.
  2. Kalau anak masih lagi bayi, campur sedikit sahaja sebab madu ni bersifat panas. Bimbang anak akan terkena cirit pula.
  3. Kalau anak demam, jangan amalkan petua ini. 
  4. Jangan campurkan madu dengan ubat klinik sebab madu dan ubat kedua-duanya bersifat panas. 
Rawatan menggunakan madu memang selalu saya amalkan bila anak-anak terkena selsema. Alhamdulillah, diorang tidur dengan selesa dan hidung tak tersumbat ketika tidur. Dalam masa 2 hari, selsema diorang pulih.

Apa-apa pun, kita cuma berikhtiar. Sembuh atau tidak tu dengan keizinan Allah.  Yang penting, banyakkan berdoa.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment