Monday, February 24, 2014

Nak Try Shaklee

Post saya sebelum ni ada saya kongsikan pendapat saya tentang set penurunan berat badan herbalife dan sendayu tinggi. Saya dah cuba kedua-duanya. Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangannya. 

Minggu lepas, ada seorang rakan sekolah perkenalkan saya dengan set pengurusan berat badan Shaklee. Saya ingatkan tak mungkin saya tergoda sebab saya dah berpuas hati dengan herbalife. Tapi saya terpedaya juga. 

Sebabnya prosuk Shaklee lebih murah dan lebih senang diambil. Saya dapatkan maklumat dari kawan saya tu. Dia sarankan saya mulakan dengan tiga produk asas dulu.



Saya akan mulakan pengambilan produk ni esok. Saya akan update kesannya nanti ye... Tak sabar rasanya....

No comments:

Post a Comment