Bahan-bahannya :
Cili Kisar |
Daging atau Ayam |
Koew Teow |
Bawang Merah dan Bawang Putih (tumbuk lumat) |
Sayur sawi |
Kicap Manis, Sos Tiram dan Sos Ikan |
Minyak Masak |
Cara memasak :
1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih bersama satu sudu cili kisar.
2. Bila bawang dan cili dah naik bau, masukkan daging atau ayam.
3. Masak daging sampai empuk. Step ni ambik masa sikit. Kalau guna ayam cepat sikit.
4. Bila daging dah empuk, masukkan kicap, sos tiram dan sos ikan. Saya tak tambah garam dan gula dah sebab semua sos dan kicap tu dah cukup masin dan manis.
5. Lepas tu, masukkan sayur sawi.
6. Kemudian, masukkan koew teow.
7. Gaul rata dan masak secukup rasa sampai puas hati.
Sedia untuk dihidangkan dan di"ngap"....Bismillah....
Selamat Mencuba......
No comments:
Post a Comment