Bercerita tentang serangga perosak ni, pelbagai jenis ubat serangga saya dah pernah guna tapi semuanya tak berkesan. Masa kat rumah sewa dulu, masalah paling besar adalah lipas dan tikus. Kalau time balik kampung, seminggu saya tinggal rumah, lepas balik ke rumah semula, rumah tu dah jadi macm rumah diorang dah. Botol minyak ditebuk si tikus, air minum dijadikan kolam si lipas dan semut. Diorang tinggalkan mayat-mayat sahabat mereka yang kurang bernasib baik kat dalam pelbagai bekas makanan. Penat dan tension sangat.
Banyak ubat saya dah guna tapi satu pun tak menjadi. Hinggalah saya terjumpa dengan satu produk ni. Produk kampung je. Tapi sangat berkesan plus mesra alam pulak tu.
Ubat anti serangga ni saya terjumpa kat Pasar Tani Pauh. Sebenarnya cari benda lain tapi terjumpa benda lain. Abang yang jual tu cakap memang berkesan dan mesra alam. Tak bahaya pada kanak-kanak dan wangi. Saya try beli yang kecik dulu. Balik rumah terus sembur dalam kabinet dapur. Pastu cari punca sang semut, sembur juga kat situ. Dalam beberapa minit je, masalah selesai. Semua semut dan lipas mati bergelimpangan. Cicak pulak, saya sembur kat tempat dia suka memerut dan melepak. Lepas tu dia tak datang dah situ. Yang paling best sang lalat. Lepas sembur je kat tempat dia hurung tu, terus lari dan tak datang balik dah walaupun sampah tu terdedah. Belum pernah cuba pada sang tikus sebab buat masa ni belum ada lagi sang tikus yang menghuni kat rumah saya.
Sampai sekarang saya masih lagi setia dengan ubat anti serangga ni. Sangat-sangat berpuas hati. Thumbs up for this product....
sis.keluaran mana? ada alamat tak.nak order jugala. jenuh masalah semut ni
ReplyDeleteSalam. Saya tak pastilah eluaran mana. Tapi hari tu saya p shopping complex dah ada jual benda alah ni. Satu lg cadangan saya boleh try guna ubat sembur serai wangi keluaran usahawan tempatan. Kalau tak silap keluara D'Herb.
ReplyDelete