Thursday, February 13, 2014

Susun Atur : Di Sini Saya Dapatkan Semuanya

Saya suka sangat buang masa petang Jumaat saya pergi jalan-jalan tengok barang-barang yang sesuai untuk susun atur rumah saya. Sekarang ni dah jadi macam habit pulak. Kadang-kadang tak beli pun. Suka window shopping je.

Kat Perlis ni mana ada tempat-tempat best macam Ikea dan Daiso. Yang paling best yang ada kat sini Cosway je. Tu pun bukan semua benda yang saya cari boleh saya dapat. Tapi kebanyakkan barang susun atur saya dapatkan kat Kedai Borong Dinh. Tu je kedai barang plastik yang besar kat Perlis ni. Kat Perlis ni ada 3 buah Kedai Borong Dinh. Walaupun barang dia tak berjenama tapi kualiti dia tak teruk pun. Saya puas hati. Untuk susun atur ni tak semestinya guna barang mahal dan berjenama. Yang penting bersesuaian dengan konsep dan minat kita dan perlu ditambah dengan bakat dekorasi sikit.
 Ini kedai Borong Dinh kat Arau. 


Ini pulak Kedai Borong Dinh kat Kangar. Kat sini saya jarang pergi sebab parkingnya susah sikit.


Selain Kedai Borong Dinh, ini satu lagi kedai yang selalu saya kunjungi. Cosway.


 

Dan juga The Store.


Inilah antara tempat-tempat yang selalu saya jadikan port untuk saya dapatkan barang-barang susun atur keperluan saya. Saya sangat berharap Ikea akan buka satu cawangan mereka di kawasan utara ni.Bolehla juga saya merasa barang-barang Ikea yang sangat praktikal tu...

2 comments:

  1. Akak.

    Cosway di kangar area mna ya??.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sori... Baru reply... Cosway Kangar ka depan Taman Kemajuan

      Delete