Anak sulung saya bukan kembar. Tapi perempuan juga. Setahun lepas lahirkan anak sulung, saya mengandung lagi. Memang tak duga sebab masa ni saya dan suami terpaksa berpisah sebab suami sambung belajar. Saya di KL dan suami di Penang. Hujung minggu je kami berjumpa. Dah rezeki Allah nak bagi. Alhamdullilah...
Saya buat check up untuk kehamilan saya masa dah 4 bulan mengandung. Mula-mula scan, saya dah perasan ada dua kepala tapi doktor tak perasan. Lepas dia dengar bunyi jantung double baru dia perasan saya mengandung kembar. Jatuh air mata masa doktor sahkan saya mengandung kembar. Masa tu, dahla pergi check up sorang-sorang. Maklumlah suami kan kat Penang. Keluar dari bilik doktor terus call dia. Menjerit dia dalam telefon bila saya bagitau akan dapat kembar.
Kalau nak cerita tentang pengalaman mengandungkan anak kembar ni, memang rasa teruja. Maklumlah bukan semua orang akan merasai pengalaman ini. Saya dapat rasakan perbezaan berbanding masa mengandungkan anak sulung.
Saya memang mengalami alahan yang sangat teruk. Muntah-muntah dan pening ni sampai kandungan 6 bulan. Bila dah masuk bulan ke tujuh, saya dah tak larat sangat. Perut besar macam dah nak bersalin. Saya terjumpa kawan lama masa perut 7 bulan tu. Mak dia marah saya. Katanya kenapa keluar rumah lagi. Nampak nak beranak sangat dah tu. Padahal baru 7 bulan. Perut memang besar. Saya dah tak boleh nak tidur telentang masa perut 6 bulan. Sesak nafas.
Syukurlah, suami sangat memahami. Keluarga saya dan mertua pun sangat memahami. Semua ahli keluarga teruja dengan kelahiran kembar ni. Dan saya pun perlu buat persediaan mental dan fizikal yang secukupnya untuk kelahiran kembar ini. Saya banyak dapatkan rujukan dari internet dan majalah Pa&Ma. Sangat membantu.
Saya tak tahu jantina kembar saya sampaila diorang lahir. Doktor dah scan tapi tak nampak. Saya redha. Asalkan semuanya selamat. Kelahiran anak kembar saya secara pembedahan sebab kedudukan seorang melintang dan seorang sonsang.
Tanggal 21 Mac 2010, kembar pertama ditarik keluar. Seminit kemudian, kembar kedua ditarik. Doktor tunjuk jantina kat saya. Alhamdulillah, dua-dua selamat. Dan kedua-duanya perempuan. Terharu hanya Allah yang tahu. Hilang segala kesakitan bila tengok muka kembar tu (padahal tak sakit pun sebab dah epidural).
Kembar pertama (kakak)
Umairah Qistina
Kembar kedua (adik)
Umairah Qasrina
Sangat bahagia tengok diorang tidur. Yang adik lagi besar dari kakaknya. Mak saya kata sebab kakak tu mengalah dengan adiknya.
No comments:
Post a Comment