Saturday, February 8, 2014

Hadiah Hari Lahir

27 Januari 2014 genap umur saya 30 tahun. Dah masuk three series ni. Muhasabah diri sekejap..... Dah semakin tua dah saya rupanya. Dah 30 tahun hidup, tapi rasanya jarang sangat menzahirkan rasa syukur dengan nikmat usia yang Allah dah kurniakan. Azam saya sempena penambahan usia saya tahun ni adalah untuk menjadi seorang hamba dan khalifah yang lebih baik, lebih redha, lebih istiqamah dengan kebaikan yang akan dibuat dan semoga dijauhkan dari perasaan riak, takabur dan sombong.. InsyaAllah...

29 Januari hari tu, kawan-kawan sekolah buat surprise birthday party untuk semua cikgu yang lahir pada bulan Januari. Terharu dengan ingatan kawan-kawan. Ini kali pertama sejak 4 tahun saya mengajar di sini.


 Kek yang sangat sedap hasil air tangan Cikgu Nordin. Walaupun nama saya spelling salah, takpela. Janji bunyinya ada...


Upacara potong kek oleh birthday girl. (Girl la sangat....)

Tiga generasi umur. 30 (pink), 40 (hijau) dan 50(purple)


 Hadiah istimewa tanda ingatan. Buku dari Kak Azizah Aman dan hadiah berbalut dari Badan Kebajikan Guru dan Staf sekolah.


 Terima kasih kawan-kawan.
Semoga akhlak dan perilaku saya akan menjadi sematang usia saya.

No comments:

Post a Comment