Wednesday, December 10, 2014

Cara Sucikan Permaidani Terkena Air Kencing

Suatu petang, masa tengah seronok bermain kat luar, anak kembar saya - Qasrina, terlompat-lompat bagaitau saya dia nak kencing. Masa tu saya tengah cabut rumput kat halaman rumah. 

" Mama, Qas nak kencing "
" Ha, masuk dalam cepat. Papa ada kat dalam. Bagitau papa Qas nak kencing ya "

So, saya teruskan mencabut rumput. Tetiba dengar Qas menangis dari dalam umah. Rupa-rupanya dia dah terkencing tapi tak sempat nak tanggalkan seluar. Papanya tengah solat masa tu. Dia kencing kat depan bilik air yang kebetulan percikan air kencing tu terkena pada carpet yang ada kat situ. 

Saya dah tak tahu macam mana nak buat. Dahla carpet tu berat. Nak membasuhnya siapla berminggu-minggu baru kering. Nak jadi cerita, carpet tu baru je balik dari dobi. Malas nak hantar lagi sebab berat nak angkat. 

Gambar hiasan dari en google
Jadinya, saya google la cari jawapan maacam mana nak sucikan najis air kencing yang terkena carpet. Saya angkat juga carpet tu dan basuh kat bahagian yang terkena sahaja. Saya lalukan air lepas tu bilas dan keringkan.

 Ini soalan dan jawapan yang saya jumpa di google.

Soalan :
Anak kecil saya yang berumur empat tahun terkencing di dalam masjid dan air kencingnya terkena karpet masjid. Bagaimana cara terbaik bagi membersihkan kawasan terkena najis pada karpet ini?
 
Jawapan :
Sekiranya karpet itu boleh diangkat, maka wajib diangkat dan di cuci di luar masjid. Kemudian, wajib membilasnya dengan air yang bersih selepas membasuhnya. 
Sekiranya sukar mengangkatnya kerana karpet itu di gam pada lantai ataupun ada barang-barang yang berat di atasnya, maka dimaafkan daripada mengangkatnya. Cara memcucinya, tuangkan air ke atas tempat terkena najis sehingga rata di kawasan najis itu. Kemudian, keringkan air itu dengan kain yang dilekapkan di atasnya. Ulang sebanyak tiga kali sampai tinggal lembap-lembapnya sahaja.
Apabila kering, tempat itu dikira bersih dan harus sembahyang ataupun lalu lalang di atasnya.   
 
 

No comments:

Post a Comment