Cuti sekolah tahun ni memang dah plan nak buat macam-macam. Salah satu agenda terbesar adalah menyimpan dan menyusun atur rumah supaya kelihatan lebih tersusun. Tapi till the end of November, satu apa pun yang diplanning tak jadi-jadi lagi. Kelam kabut kabawah kabinet dapur tu tak taula nak cakap. Tak kira lagi serabut kat dalam peti sejuk. Semua nak buat tapi MALAS juga yang menang. Tak habis-habis melayan cerita Korea saja.
Tapi dua tiga hari ni dah datang dah balik angin nak mengemas umah. Mula hari Isnin hari tu, saya kemas yang basic-basic dulu. Vacuum and mop lantai je. Hari Selasa keluar pekan shopping barang dapur and then terjumpa barang-barang yang boleh guna untuk menyusun utur dapur saya yang semakin parah.
Saya dah pernah kongsikan rak rempak ratus saya. Mula-mula suka sangat. Dah setahun kat situ mula dah nampak kekurangan menggunakan balang rempah stainless steel ni. Karatnya sampai meluat mak nengok....
Ini rak rempah saya sejak tahun lepas masa mula-mula pasang.
Lepas dah selesa duduk kat situ, gini pulak jadiknya....
Hudus dan berkarat terutamnya bekas yang isi garam. Yang lain-lain pun sama juga. Tak cantik dan sangat merbahaya kan....!!!
So, saya ambik keputusan semua balang-balang tu perlu ditukar baru. Puas cari yang sesuai nak letak kat situ. Saya sebolehnya nak elakkan balang berpenutup steel macam yang lama tu. Cari punya cari akhirnya jumpa juga balang yang murah dan yang penting penutupnya plastik. Confirm tak kan berkarat.
Saya beli balang ni kat kedai RM 2.00 je. Harganya confirmla 2 hengget kan. Lagi mau tanya. Bekas kaca berpenutup plastik dan yang paling best colour hijau... I like.....
Dah alang-alang murah je saya rembat terusla 5 ketoi. Puas hati mak....
Lepas siap dicuci makanya , semua benda alah yang kat dalam bekas lama tu dipindahkan ke bekas baru. Seronokla diorang buleh pindah umah baru kan....
Pastu susun balik kat rak dia...
Labelling masih belum sempat dibuat sebab hari tu lupa beli sticker paper masa pegi kedai buku. Coming soon okey...
Dah alang-alang tukar balang baru, saya pun buat clearance sikit kat rak rempah tuh. Maklumla dah lama tak service. Berminyak, kotor, berhabuk dan tunggang langgang botol-botolnya.
Sakit mata memandang kan....
Sakit mata memandang kan....
Wah wah wah.... bersih berkilat adonya.... Barula semangat sikit nak memasak cenggini... Hahaha....Yolah tu semangat..... Penyakit M tu ngak bisa diusir lagi.....
No comments:
Post a Comment