Kali ni, saya nak kongsikan tentang halaman rumah saya yang tak berapa tu. Saya hias laman ni ikut mood. Kadang-kadang bila sampai time rajin, tiap-tiap petang saya kejakan pokok-pokok bunga saya tu. Tapi kalau time malas, tak mandilah pokok-pokok bunga saya tu.
Halaman saya berbatu sebab tukang rumah tu tambun batu sebelum dia mula buat rumah saya. Memang susah nak bercucuk tanam sebab tanahnya keras dan berbatu. Jadinya, semua pokok-pokok saya terpaksa tanam dalam pasu.
Saya sangat suka dengan bunga ros. Jadinya, kebanyakkan pokok bunga saya adalah pokok bunga ros. Suka sebab dia wangi dan cantik. Tapi pokok ros ni kena ikat sebab dia tumbuh kembang. mak saya suruh ikat supaya dia naik tinggi dan tak kembang.
Inilah laman saya. Ada pokok bunga kertas, ros, palm dan yang saya tak tahu namanya pun ada. Saya suka tengok pelbagai variasi warna bunga-bunga yang ada. Ni pun terapi juga ni lepas penat seharian bekerja.