Friday, June 27, 2014

Majlis Perpisahan Kak Fauziah - My Beloved PK1

Hari ni banyak sangat program yang dirancang sebelum bulan Ramadhan bermula. Ada tiga program besar yang perlu diselesaikan juga pada hari Jumaat yang mulia ini. Sebelum ke sekolah tadi dah dapat bayangkan dah kekalutan yang akan dihadapi hari ini.

Program pertama ialah senamrobik. Dah lama sangat nak bersenam robik, alih-alih tak sempat juga saya bersenam robik hari ni sebab kalut dengan persiapan hadiah untuk Kak Fauziah. Ruginya rasa. Kena tunggu tahun depan pulak la. Semalam pulun siapkan video untuk dijadiakn hadiah perpisahan untuk Kak Fauziah.
Walaupun tak seberapa tapi harapnya dia suka. Niat hati mula-mula nak bersajak. Tapi rasa malu pulak. Maklumlah saya tidak berbakat mana. Takut student gelak ja.

 
Suasana sedih dan pilu mula masa ucapan Kak Fauziah bermula. Dia pun tak mampu mengawal sebaknya. Dah tengokkan dia macam tu, kami yang kat atas pentas ni pon, meleleh-leleh juga la. Susah sanagt nak lepaskan dia.

Tak dinafikan, Kak Fauziah seorang ketua yang terbaik. Walaupun seorang ketua, tapi kami semua rasa dekat sangat dengan dia. Dengan dia, tak pernah rasa tekanan yang terlampau walaupun kementerian memperkenalkan pelbagai dasar-dasar baru. Dia seorang yang sangat bersemangat dalam apa pun yang dia kerjakan. Dan dia juga selalu cuba sedaya upaya dia untuk memudahkan segala urusan kami, orang bawahannya. Sikap berlapang dada yang ditunjukkan tu sangat-sangat terkesan dalam hati saya.

Sudah tiga buah sekolah yang saya jejak, di sinilah saya berjumpa dengan ketua yang terbaik. Sangat memahami masalah dan tekanan kerja yang saya alami. Sebab tu saya sangat terasa kehilangan Kak Fauziah. Tambahan pula, kerja-kerja saya selama ini memang sangat memerlukan tunjuk ajar dia. Selaku Setiausaha Peperiksaan sekolah, apa sahaja aktiviti dan perancangan akademik kami akan duduk berbuncang bersama. Lepas ni tak akan ada lagi dah arahan tentang analisa, headcount dan GROW yang akan saya dapat dari dia. Berat sangat hati, namun terpaksa saya lepaskan demi kerjaya dan pangkat Kak Fauziah. Saya doakan Kak Fauziah akan lebih berjaya di sekolah baru dan terus menjadi ketua dan pemimpin yang disayangi dan disanjungi.

Gambar-gambar kenangan bersama Kak Fauziah.Terima kasih di atas segalanya.

No comments:

Post a Comment