Thursday, June 26, 2014

Mendidik Sikap Anak

Anak adalah anugerah yang paling berharga yang dikurniakan Allah kepada pasangan yang berkahwin. Nikmat dikurniakan zuriat tidak terungkap dengan perkataan. Namun, anugerah yang dikurniakan itu perlulah kita corakkan dengan penuh amanah.

Bercerita tentang zuriat dan anak-anak, saya terpanggil untuk berkongsikan pengalaman saya dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Bukanlah ada sesuatu yang istimewa. Saya sekadar ingin berkongsi pengalaman dek kerana saya sangat bersyukur dengan kurniaan Ilahi yang tak ternilai ini.

Alhamdulillah, saya dikurniakan tiga orang anak perempuan hasil perkahwinan saya bersama suami selama 7 tahun. Akan bertambah lagi di masa akan datang Insya-Allah. Moga dikurniakan pula zuriat lelaki. Melihat mereka membesar di depan mata sangat menghiburkan hati saya.Sungguh indah nikmat kurnaan Allah.

Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah tentang sikap anak sulung saya. Sangat menyenangkan saya. Walaupun usianya baru 6 tahun, saya mula meyedari bahwa dia seorang yang sangat matang. Mungkin kerana dia sulung dan mempunyai dua orang adik kembar. Bila difikirkan , ketika saya seusianya dulu, saya masih lagi seperti kanak-kanak 3,4 tahun. Asyik nak merengek dengan mak. Melihat dia begitu, terlintas di hati saya mungkin inilah berkatnya ayat-ayat suci Al-Quran.

Ketika umurnya 5 tahun, saya ajarkan dia(kakak) dan adik-adiknya tidur berasingan. Kalau drama dalam TV, sebelum tidur kena bacaakan buku cerita dulu. Tapi saya ajar anak-anak agar terlena dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran. Bukan dari rakaman kaset atau CD tapi bacaan Al_Quran dari saya sendiri. Saban malam, anak-anak saya tidur dibuai oleh alunan ayat-ayat suci Al-Quran. Alhamdulillah, tiaur mereka nyenyak dan jarang terjaga malam.

Pagi esoknya pula, selepas saya bangun tidur, saya akan pasangkan alunan zikir yang ditayangkan di Astro Oasis. Kemudian, baru saya kejutkan anak-anak. Saya jadikan tidur dan bangun mereka dengan alunan kalimah suci memuji Ilahi.

Sehingga sekarang, jika tidak dibacakan ayat-ayat Al-Quran sebelum tidur, mereka agak susah untuk lena dan kerap jaga malam. Mereka akan mintak saya bacakan juga Al-Quran untuk dodoikan tidur. Bila saya uzur, suami akan tidurkan mereka. Dan bila bangun pagi, mereka akan mintak untuk tengok dulu zikir kat tv sebelum mandi.

Semakin hari, saya dapat saksikan perubahan dalam diri anak-anak saya. Saya perasan mereka lebih berkeyakinan dan berdikari. Anak sulung saya, sangat mendengar kata dan nasihat. Jika dia buat salah, saya marah, dia hanya diam tak melawan walau sepatah. Berbeza dengan sikapnya sebelum saya amalkan ayat Al-Quran ketika tidur. Dulu dia agak sensitif dan cepat melenting bila ditegur dan dimarah.

Bila kakak dah mula bersikap begitu, adik-adik pun terikut-ikut dengan kakak. Cuma kadang-kadang ada juga sikap adik-adik yang agak manja dan inginkan lebih perhatian. Dalam umur kakak yang baru 6 tahun, dia dah boleh tolong saya mandikan dan suapkan adiknya makan. Kadang-kadang dia lebih teliti dari saya.

Pernah sekali saya bagitau ada tetamu nak datang rumah, dia terus kemaskan bilik dia dan bilik-bilik lain. Katanya, kalau rumah tak kemas, malu kat tetamu. Setiap kali kakak dan adik-adik kelurkan alat permainan, mereka akan kemaskan semula selepas habis main. Itu satu lagi sikap yang mereka yang saya boleh puji.

Saya hanya berkongsi pengalaman saya. Bukan saya nak menunjuk atau membangga diri. Saya cuma nak berkongsi tentang mukjizat dan keberkatan ayat-ayat suci Al-Quran. Saya harap ibubapa yang lain pun boleh jadikan Al-Quran sebagai medium mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah.

No comments:

Post a Comment