Sunday, March 9, 2014

Sambal Udang Besar

Kali ni saya nak berkongsi resepi Sambal Udang Saiz XXXL. Saja rasa macam nak makan udang. Jadinya Encik Suami pun bersusah payahla dapatkan udang saiz XXXl kat Nat Getah. Kalau orang Perlis mesti tau Nat Getah ni. Pasar Tani pagi yang menjual pelbagai barang basah, kering, mentah dan barang siap. Pakaian dan barangan dapur pun ada. Lebih best dari pasaraya TESCO.

Alkisahnya lepas Encik Suami balik dari Nat Getah tu, dibawanya jugala udang saiz XXXL tu. Saya ingatkan saiz biasa yang dia selalu beli. Sekali lepas keluarkan dari plastik, inilah dia. Terkejut saya.


Besarnya dia... Dalam bekas aiskrim ni, muat 10 ekor je. Dalam piring sederhana tu muat 2 ekor je.. 



Lebih besor dari ibu jari saya.....

Dan Encik Suami mintak masak sambal...

Bahan-bahan :

4 ekor udang saiz XXXL. Kalau saiz biasa ikut suka la nak berapa ekor.
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering (kalau nak pedas boleh tambah lagi) - elakkan guna cili boh ye...
Seulas bawang besar - dimayang bulat-bulat
Sedikit belacan
Perahan air asam jawa
Minyak masak
Garam dan gula

Cara-cara :
  1. Basuh udang sampai bersih. Buangkan tahi udang kat belakang dia. Potong dengan gunting kulit udang tu dan tarik tali najis udang yang ada kat belakang udang tu.
  2. Potong cili kering dan rendamkan dalam air panas untuk lembutkan ia.
  3. Kisar bawang merah, bawang putih, cili kering dan belacan hingga hancur. Petua untuk hancurkan semua bahan tu, campurkan satu sudu minyak masak dalam blender.
  4. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng udang tu sekejap untuk keringkan air. Jangan lama sangat, kang kecut pulak udang tu. Angkat dan ketepikan.
  5. Gunakan baki minyak gorengan udang tadi, tumiskan bahan yang dikisar tadi. Kemudian tambahkan perahan air asam jawa.
  6. Biarkan masakkan tadi hingga pekat dan kering. Kacaulah sekali sekala supaya tak melekat di kuali.
  7. Perasakan kuah dengan garam dan gula.
  8. Bila kuah sudah pekat, kering dan naik minyak, masukkan udang yang telah digoreng tadi. Kacau seketikan sehingga sebati dengan kuahnya.
  9. Taburkan bawang besar yang dimayang bulat sebagai hiasan.
  10. Siap dan boleh dimakan....

Makan dengan nasi panas memang terangkat.... 
Selamat mencuba...



No comments:

Post a Comment