Kali ni saya nak kongsi pulak resepi bebola daging bakar bersama pasta. Asalnya nak wat tak mau tambah pasta tapi rasa macam tak kenyang pulak. So, saya decide nak tambah pasta untuk memberatkan lagi sajian ni..
Bahan-bahan yang diperlukan :
1/2 tin cendawan butang - kalau suka boleh guna satu tin.
1 tin sos prego carbonara cendawan.
Pelbagai jenis keju yang digemari. Lagi banyak lagi sedap.
Bebola daging - ikut kehendak
Daging kisar - ikut suka banyak mana
Pasta (apa-apa jenis pun tak pe)
1 biji bawang besar - dadukan
2 ulas bawang putih- ketuk
3 biji cili merah/hijau/lada benggala
Minyak masak
Lada hitam
Garam & gula
Rempah ratus Inggeris (origano, bay leaf)
Tepung jagung sikit je.- bancuh dengan air.
Cara-cara penyediaan :
- Rebus pasta dalam periuk. Tips tampahkan satu sudu minyak masak untuk elakkan pasta melekat. Bila dah lembut, tos dan ketepikan.
- Tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili hingga naik bau dan layu.
- Masukkan bebola daging dan daging kisar. Biarkan seketika hingga masak.
- Masukkan sos prego carbonara. Kacau sebati. Biarkan seketika hingga mendidih.
- Masukkan cendawan yang dihiris halus.
- Perasakan dengan rempah inggeris, garam, gula dan lada hitam.
- Masukkan pasta dan gaul sebati.
- Jika adunan kurang pekat, bolehlah campurkan dengan bancuhan air tepung jagung.
- Bila dah pekat, tutup api. Masukkan ke dalam bekas aluminium atau bekas bakar yang sesuai.
- Taburkan cheese secukup rasa. Lagi banyak cheese lagi sedap.
- Bakarkan di dalam oven selama lebih kurang 20 minit dengan suhu 220 darjah celcius.
Dan inilah hasilnya....
Masih dalam oven. Tak sabarnye...
Dah siap... Sedap hingga menjilat sudu...
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment