Friday, January 24, 2014

Santai : Cuaca Sejuk Di Perlis

Minggu lepas, ramalan metereologi kata perlis akan mengalami cuaca sejuk berterusan hingga Tahun Baru Cina. Saya yang dok di Perlis ni memang rasa sgt kesejukkan cuaca di sini. Sblm ni perlis terkenal dgn negeri paling panas di Malaysia kan.. Memang sejuk sgt exspecially mlm2.

Dulu aircond mmg tak penah rehat mlm2. Tp skrg ni dah x perlu dah. Air paip tak yah cakapla. Umah saya pulak airnya terus je sbb tak de tangki. Sejuknya air mcm ais. Mahunya tak nangis budak manja tiga org tu nak mandi pagi...

Petang plak angin kuat.. Umah saya kan tepi bendang. Mmg sgt terasa akan kekuatan angin yang melanda. Bukan sepoi-sepoi bahasa dah. Memang tak dak budi bahasa dah angin ni. Habis terbang daun2 kering masuk umah. Dahla makcik ni mls nak menyapu... Huhuhu...

Ni gambor2 yg sempat snap kat tepi umah saya ... Daun2 pokok buluh tu dah kering. Walaupun cuaca sejuk tapi matahari panas. Kering dan berangin..


Tengok tu angin tgh bertipu kencang time ni...



Hari Sabtu ni dijangka suhu turun sampai 20 darjah. Sejuk tu... Bulehla rasa pengalaman cuaca sejuk. Tak yah pi Korea pun tak pa....

No comments:

Post a Comment