Sunday, June 29, 2014

Cara Pemakanan Rasulullah

Islam merupakan sebuah agama yang sangat sempurna. Islam melengkapi setiap aspek kehidupan manusia. Islam juga mengajar umat manusiatentang cara pengambilan makanan dalam kehidupan seharian.

Rasulullah SAW sendiri mengajarkan kita cara terbaik dalam pengambilan makanan harian. Baginda sendiri mengamalkan cara pemakanan yang sangat baik dan memberi kesan positif kepada kesihatan kita.

Di sini saya kongsikan cara pemakanan yang diamalkan oleh baginda Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian baginda :


  1. Baginda tidak akan minum susu bersama makanan berdaging.
  2. Baginda tidak makan daging bersama ikan.
  3. Baginda tidak makan ikan bersama susu.
  4. Baginda tidak makan ayam bersama susu.
  5. Baginda tidak makan ikan bersama telur.
  6. Baginda tidak makan ikan bersama daun salad.
  7. Baginda tidak makan susu bersama cuka.
  8. Baginda tidak makan susu bersama buah-buahan.

Sekarang cuba kita bandingkan cara makan kita dengan cara makan Rasulullah SAW. Sebab tu la banyak sangat penyakit yang kita dapat. Cara makan kita sebenarnya yang menjadi penyebab. Lepas ni kita kena cuba makan ikut cara Rasulullah. Barulah kesihatan terjaga.

Selain itu, Al-Quran juga mengajar kita tentang caramenjaga kesihatan dalam kehidupan seharian kita. Sangat mudah untuk diamalkan. Antaranya ialah:


Mandi pagi sebelum subuh sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari terbit.Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakkan badan tak gemuk.

Rasulullah saw mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya-Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

  Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Tafakur sesaat seperti 70 tahun ibadah nilainya. Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.  

 Nabi SAW juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.




Susun Atur : Interior Design

Rumah saya berkeluasan 51sf X 38 sf. Plan rumah saya buat sendiri. Bagi kat tukang pun plan tanah tu je. Alhamdulillah, saya berpuas hati. 4 bilik, 3 bilik air. Cukup selesa untuk kami sekeluarga.
Inilah plan rumah yang saya buat sendiri tu. Kalau nak mintak keja jadi pelukis plan buleh la kot no...

Meh berkenalan dulu dengan ruang tamu saya yang tak de apa-apa tu.

Kosong dan suram. Tak reti la nak deko-deko. Saya cuma pastikan kebersihan dan kekemasan kawasan ni je. Nak buat dekorasi memang tak pandai. Kena banyak lagi belajar.

Yang ni ruang menonton merangkap ruang tamu kedua.
Ruang ni selalunya port lepak anak-anak saya. Di sini la diorang buat homework, main tengok TV dan kadang-kadang makan pun kat sini.

Ni pulak bilik anak-anak.



Ada lagi dua bilik. Master bedroom dan bilik kerja. Tapi tak boleh dikongsikan lagi sebab masih lagi belum bersedia sepenuhnya. Lain kali lah ye...

Dapur saya pulak sangat sederhana. Saya dah share kat sini.

Takat tu je la dulu ye. Nak kena belajar lagi tentang dekorasi dan susun atur dengan lebih mendalam. Baru buleh apply kat rumah sendiri.



Cara Mudah Lipat Baju

Saya terpanggil nak berkongsi pengalaman dan tips lipat kain ni apabila teringatkan seorang rakan yang terpaksa mengupah orang untuk lipatkan kain baju kat umahnya sebab dah terlampau menimbun. Saya pun menghadapi masalah yang sama. Setiap kali hujung minggu, masa saya dihabiskan hampir tiga jam untuk melipat kain semata-mata. Nak upah orang gaji tak mampu. Makanya terpaksalah buat sendiri. Mau sakit pinggang duduk lama lipat kain.

Satu hari saya terima satu video melalui whatsapp. Sangat mudah cara dia melipat kain. Saya try apply kat umah. Memang menakjubkan. Jimatkan masa dan baju lebih kemas dan tersusun. Entry kali ni saya share cara guna dulu. Lepas ni saya akan share cara buat benda untuk melipat kain tu.
 
 Ini adalah alat melipat kain yang telah saya DIY sendiri. Memang tak dak jual kat kedai. Jangan cari ye. Kena buat sendiri. Nanti saya tunjuk cara nak buat alat ni ye.

Step 1: Letakkan baju kat atas alat melipat tadi. Pastikan bahagian leher baju terletak di tengah-tengah alat tu.

Step 2: Lipatkan bahagian bawah baju yang melepasi alat melipat tu sampai betul-betul tepi alat tu.


Step 3: Lipatkan juga tangan baju tang terlebih tu supaya semua bahagian baju berada di atas alat melibat tu. Jangan biarkan mana-mana bahagian yang terlebih dari alat melipat tu.


 Step 4: Lipatkan kanan dan kiri baju dengan melipat masuk alat melipat berkenaan sampai jadi macam gambar kat atas tu.


Step 5 : Lipatkan pulak baju tu ke atas menggunakan alat melipat bahagian tengah.

Siap... Kemas dan teratur...

Selamat mencuba....


 



Friday, June 27, 2014

Majlis Perpisahan Kak Fauziah - My Beloved PK1

Hari ni banyak sangat program yang dirancang sebelum bulan Ramadhan bermula. Ada tiga program besar yang perlu diselesaikan juga pada hari Jumaat yang mulia ini. Sebelum ke sekolah tadi dah dapat bayangkan dah kekalutan yang akan dihadapi hari ini.

Program pertama ialah senamrobik. Dah lama sangat nak bersenam robik, alih-alih tak sempat juga saya bersenam robik hari ni sebab kalut dengan persiapan hadiah untuk Kak Fauziah. Ruginya rasa. Kena tunggu tahun depan pulak la. Semalam pulun siapkan video untuk dijadiakn hadiah perpisahan untuk Kak Fauziah.
Walaupun tak seberapa tapi harapnya dia suka. Niat hati mula-mula nak bersajak. Tapi rasa malu pulak. Maklumlah saya tidak berbakat mana. Takut student gelak ja.

 
Suasana sedih dan pilu mula masa ucapan Kak Fauziah bermula. Dia pun tak mampu mengawal sebaknya. Dah tengokkan dia macam tu, kami yang kat atas pentas ni pon, meleleh-leleh juga la. Susah sanagt nak lepaskan dia.

Tak dinafikan, Kak Fauziah seorang ketua yang terbaik. Walaupun seorang ketua, tapi kami semua rasa dekat sangat dengan dia. Dengan dia, tak pernah rasa tekanan yang terlampau walaupun kementerian memperkenalkan pelbagai dasar-dasar baru. Dia seorang yang sangat bersemangat dalam apa pun yang dia kerjakan. Dan dia juga selalu cuba sedaya upaya dia untuk memudahkan segala urusan kami, orang bawahannya. Sikap berlapang dada yang ditunjukkan tu sangat-sangat terkesan dalam hati saya.

Sudah tiga buah sekolah yang saya jejak, di sinilah saya berjumpa dengan ketua yang terbaik. Sangat memahami masalah dan tekanan kerja yang saya alami. Sebab tu saya sangat terasa kehilangan Kak Fauziah. Tambahan pula, kerja-kerja saya selama ini memang sangat memerlukan tunjuk ajar dia. Selaku Setiausaha Peperiksaan sekolah, apa sahaja aktiviti dan perancangan akademik kami akan duduk berbuncang bersama. Lepas ni tak akan ada lagi dah arahan tentang analisa, headcount dan GROW yang akan saya dapat dari dia. Berat sangat hati, namun terpaksa saya lepaskan demi kerjaya dan pangkat Kak Fauziah. Saya doakan Kak Fauziah akan lebih berjaya di sekolah baru dan terus menjadi ketua dan pemimpin yang disayangi dan disanjungi.

Gambar-gambar kenangan bersama Kak Fauziah.Terima kasih di atas segalanya.

Thursday, June 26, 2014

Kesan Sampingan Herbalife

Saya nak berkongsi pengalaman saya dengan herbalife. Semua produk pengurusan berat badan ni ada je kesan sampingan. Saya pun terkena juga kesan sampingan produk herbalife ni.

Saya mula ambik herbalife selepas raya tahun 2012. Antara kesan sampingan yang saya alami ialah :

  1. Saya lebih berdisiplin dalam pemilihan makanan.
  2. Saya terpaksa minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari.
  3. Kulit saya lebih cantik. Liang roma mengecil dan kulit lebih lembut.
  4. Masalah resdung saya selesai. Tak bersin dah pagi-pagi.
  5. Masalah enzima(gatal-gatal kulit) hilang.
  6. Sembelit dah tak de. Setiap hari tak perlu termenung lama dalam tandas.
  7. Berat badan saya turun.
  8. Badan saya semakin langsing

 Cuba teka mana satu saya? Mestilah yang paling comel tu. Baju purple. Masa ni berat saya 75 kg.

 Malu tengok gambor ni. Dahla gemuk, makan pun tak ingat dah.


Gemuk kan, kan kan....


 Dan inilah kesan sampingan herbalife yang saya ambik selama 4 bulan.
 Saya yang kanan sekali.

 
 Masa ni berat dah turun 10 kg. Jadinya berat masa ni 65 kg.

Sekarang saya dah stop ambik herbalife. Dan berat saya masih maintain 65 kg walaupun saya dah tak berpantang macam dulu. Cubalah sendiri baru tau kesannya...

Mendidik Sikap Anak

Anak adalah anugerah yang paling berharga yang dikurniakan Allah kepada pasangan yang berkahwin. Nikmat dikurniakan zuriat tidak terungkap dengan perkataan. Namun, anugerah yang dikurniakan itu perlulah kita corakkan dengan penuh amanah.

Bercerita tentang zuriat dan anak-anak, saya terpanggil untuk berkongsikan pengalaman saya dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Bukanlah ada sesuatu yang istimewa. Saya sekadar ingin berkongsi pengalaman dek kerana saya sangat bersyukur dengan kurniaan Ilahi yang tak ternilai ini.

Alhamdulillah, saya dikurniakan tiga orang anak perempuan hasil perkahwinan saya bersama suami selama 7 tahun. Akan bertambah lagi di masa akan datang Insya-Allah. Moga dikurniakan pula zuriat lelaki. Melihat mereka membesar di depan mata sangat menghiburkan hati saya.Sungguh indah nikmat kurnaan Allah.

Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah tentang sikap anak sulung saya. Sangat menyenangkan saya. Walaupun usianya baru 6 tahun, saya mula meyedari bahwa dia seorang yang sangat matang. Mungkin kerana dia sulung dan mempunyai dua orang adik kembar. Bila difikirkan , ketika saya seusianya dulu, saya masih lagi seperti kanak-kanak 3,4 tahun. Asyik nak merengek dengan mak. Melihat dia begitu, terlintas di hati saya mungkin inilah berkatnya ayat-ayat suci Al-Quran.

Ketika umurnya 5 tahun, saya ajarkan dia(kakak) dan adik-adiknya tidur berasingan. Kalau drama dalam TV, sebelum tidur kena bacaakan buku cerita dulu. Tapi saya ajar anak-anak agar terlena dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran. Bukan dari rakaman kaset atau CD tapi bacaan Al_Quran dari saya sendiri. Saban malam, anak-anak saya tidur dibuai oleh alunan ayat-ayat suci Al-Quran. Alhamdulillah, tiaur mereka nyenyak dan jarang terjaga malam.

Pagi esoknya pula, selepas saya bangun tidur, saya akan pasangkan alunan zikir yang ditayangkan di Astro Oasis. Kemudian, baru saya kejutkan anak-anak. Saya jadikan tidur dan bangun mereka dengan alunan kalimah suci memuji Ilahi.

Sehingga sekarang, jika tidak dibacakan ayat-ayat Al-Quran sebelum tidur, mereka agak susah untuk lena dan kerap jaga malam. Mereka akan mintak saya bacakan juga Al-Quran untuk dodoikan tidur. Bila saya uzur, suami akan tidurkan mereka. Dan bila bangun pagi, mereka akan mintak untuk tengok dulu zikir kat tv sebelum mandi.

Semakin hari, saya dapat saksikan perubahan dalam diri anak-anak saya. Saya perasan mereka lebih berkeyakinan dan berdikari. Anak sulung saya, sangat mendengar kata dan nasihat. Jika dia buat salah, saya marah, dia hanya diam tak melawan walau sepatah. Berbeza dengan sikapnya sebelum saya amalkan ayat Al-Quran ketika tidur. Dulu dia agak sensitif dan cepat melenting bila ditegur dan dimarah.

Bila kakak dah mula bersikap begitu, adik-adik pun terikut-ikut dengan kakak. Cuma kadang-kadang ada juga sikap adik-adik yang agak manja dan inginkan lebih perhatian. Dalam umur kakak yang baru 6 tahun, dia dah boleh tolong saya mandikan dan suapkan adiknya makan. Kadang-kadang dia lebih teliti dari saya.

Pernah sekali saya bagitau ada tetamu nak datang rumah, dia terus kemaskan bilik dia dan bilik-bilik lain. Katanya, kalau rumah tak kemas, malu kat tetamu. Setiap kali kakak dan adik-adik kelurkan alat permainan, mereka akan kemaskan semula selepas habis main. Itu satu lagi sikap yang mereka yang saya boleh puji.

Saya hanya berkongsi pengalaman saya. Bukan saya nak menunjuk atau membangga diri. Saya cuma nak berkongsi tentang mukjizat dan keberkatan ayat-ayat suci Al-Quran. Saya harap ibubapa yang lain pun boleh jadikan Al-Quran sebagai medium mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah.