Assalamualaikum.... Dah lama tak update kan. Sibuk sangat lepas deliver baby. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun pelbagai dugaan melanda. Sebelum ni saya ada post entry tentang demam campak. Anak kembar saya terkena campak. Dalam dok risau takut terkena campak, anak sulung saya pulak berjangkit dari adiknya. Masa tu kandungan saya dah masuk 37 minggu. Seminggu lagi dah nak kena serah diri untuk dioperate. Bila kakak kena campak, adik pulak dah recover dan mula pegi sekolah. Alhamdulillah kembarnya masih lagi kebal. Teruk campak kakak. Ruam yang keluar besar-besar. Kat muka pun keluar ruam besar.
Dua, tiga hari lepas kakak kena campak, saya perasan ada sebiji ruam naik kat perut saya. Hati ni dah gundah gulana takut saya pun kena juga. Risau sangat-sangat memandangkan minggu depan dah nak kena operate. Saya inorm kat husband dan dia dengan yakinnya kata bukan campak tu. Kan dah pernah kena masa kecik. Klu ya pun takkan la nak naik ram kat perut dulu. Lagipun saya tak demam pun. Itu yang membuatkan saya yakin saya selamat dari campak.
Bila campak kakak hampir kering dalam dua tiga hari lepas tu, saya mula rasa sakit nak bersalin. Malu nak cerita, sebenarnya saya pun tak tau itu sebenarnya sakit bersalin. Saya tak pernah ada pengalaman sakit bersalin. Masa anak sulung tak sakit pun sampai terpaksa operate dan masa kembar tu pun tak sakit langsung sebab operate juga. Tapi kali ni, saya merasai pengalaman sakit nak bersalin. Walaupun ada dua hari lagi sebelum tarikh operate, saya dah mula sakit. Memang sakit sungguh rupanya rasa sakit nak bersalin.
Masa kat hospital, doktor cek bukaan tapi katanya kepala baby jauh lagi. Tapi contraction saya kuat dan kerap. Dia pun pelik. Dan doktor decide kena operate malam tu juga sebab jantung baby nampak macam tak ok. Saya sempat tumjuk ruam kat perut saya tu kat doktor dan bgtau dia anak saya kena campak. Doktor tu pu yakin saya selamat sebab saya tak demam dan ruamnya cuma seketul tu je kat perut. Ok, saya pun yakin sangatla yang saya selamat.
Proses bersalin kali ni cepat sangat memandangkan doktor takut anak saya lemas. Emergency ceaser. Masuk operating room pukul 8.00 pukul 10.00 dah siap semua. Nasib tak baik kali ni saya dapat doktor lelaki semuanya. Apakan daya. Dah nama pun emergency. Saya selamat melahirkan baby boy seberat 3.47kg. Saya n hubby setuju dengan nama Muhammad Umar Firas. Tak terkata gembira dan bersyukurnya saya kerana Allah makbulkan doa saya untuk menimang baby boy kali ni. Mulut tak henti-henti berzikir. Perasaan bercampur baur. Takut, gembira, terharu. Masa nurse bawa baby tunjuk kat saya, rasa macam nak nangis. Comelnya anak mama.... Nurse bagi cium lepas tu nurse bawa dia pergi untuk bersihkan. Dah kena operate ni memang tak de change nak pegang baby la. Paling kurang pun 6 jam baru boleh bangun ok.
Bila semua dah selamat saya dibawa ke wad. Bermulalah episod mengerikan dalam hidup saya. Dalam keadaan mamai ubat bius dan badan saya rasa seram sejuk sangat. Sejuk sangat-sangat. Saya mintak nurse tolong tutupkan kipas. Nasib baik kipas sorang satu atas siling. Kalau tak mau mengamuk orang katil sebelah. Nurse pelik sebab saya sejuk sampai menggeletar seluruh badan. Pastu nurse tu cek suhu badan dan conorm saya demam. Ok, masih lagi releks lepas makan ubat demam okla demam tu. Masa hubby, mak, n pama in law datang tu, saya dah boleh bangun dan dukung baby. Dalam hati masih lagi yakin yang saya masih selamat dari campak. Saya try susukan baby, peluk, cium dsb la kan as a mother. Sangat teruja sebab anak lelaki pertama. Kakak-kakak semua tak datang sebab hospital ni tak benarkan kanak-kanak bawah 12 tahun masuk wad. How cruel kan. Malam tu saya dipindahkan ke second class ward. Mungkin nurse tu bosan kot sebab sejak masuk wad lagi saya berkali-kali mintak ke 1st or 2nd ward.
Malam tu tinggal saya dengan baby Umar je. Saya cuba susukan dia walaupun susu tak de lagi. Lepas ni saya akan share pulak my breastfeeding journey k. Tetiba badan rasa seram sejuk semula. Demam datang balik. Saya panggil nurse sebab saya rasa lemah sangat dan tak mampu nak handle baby. Nurse cek suhu badan dan saya demam lagi. Nurse panggil doktor sebab suhu badan saya tinggi sangat. Masa tu satu badan saya rasa miang dan gatal. Bila saya tengok kat perut, MasyaAllah...terkejut sebab ruam dah penuh satu badan. Petang tadi kat muka pun ada ruam tapi saya ingatkan jerawat so ignore la kan. Doktor pun terkejut tengok keadaan saya. Dan saya pun ceritala yang anak-anak kat umah pun tengah kena campak. So, doktor diagnose saya demam campak. Saya ditolak ke 1st wad sebab takut berjangkit kat orang lain. Ha... Nak sangat 1st ward kan.. Ambikla kau. Baby Umar pulak terus dihantar ke NICU sebab untuk pantau samada dah terkena ke belum campak tu.
Tak pernah saya bayangkan keadaan akan jadi sampai macam ni. Sedih sangat bila baby Umar ditolak ke NICU. Confirm diorang suapkan dia dengan FM. Sapa nak jaga dia kalau dia menangis. Sapa nak dukungkan dia klu dia meragam. Macam-macam saya pikirkan dan air mata tak henti-henti mengalir. Kesiannya baby Umar. Kalau dia pun dah terkena campak macam mana? Hasil bacaan saya kalau baby kena campak boleh menyebabkan kecacatan otak. Ya Allah... Nauzubillah.
Tapi Alhamdulillah... Campak saya tak sempat berjangkit kepada Umar.. Syukur Ya Allah... Lepas seminggu saya di wad, saya mintak nak balik. Saya tak tahan dok di wad. Dahla kena quarantine dalam bilik sorang-sorang. Rasa macam nak gila. Dengan dada sentiasa penuh. Saya pam susu lepas tu susu penu balik. Kalau baby ada bolehla disusukan. Doktor kata saya boleh balik tapi baby tak boleh balik lagi sebab takut campak saya berjangkit. Masa ni campak saya dah ok. Tapi cuma doktor bimbang akan berjangkit. So, saya bagitau doktor, mak saya yag akan uruskan baby saya. Saya mintak nak bawa juga anak saya balik. Doktor benarkan dan saya perlu tandatangan surat risiko.
Lebih kurang l seeminggu lepas balik rumah, baby mula naik ruam merah. Saya memang tak sentuh baby langsung. Semua mak saya yang uruskan. Saya dah mula risau. Stressnya... Takut campak dah berjangkit. So, kami bawa baby ke emergency lai untuk pemeriksaan. Saya hanya boleh tengok baby dari jauh. Bayangkanlah perasaan bagaimana perasaan saya. Anak yang kita lahirkan tapi nak pegang pun tak boleh. Setiap hari saya menangis. Sedih sangat... Anak saya tak bleh direct minum susu dari saya. Masa dia menangis pun saya tak bleh dukungkan.
Alhamdulillah, lepas doktor check, Umar bebas dari campak. Syukurnya Ya Allah. Doktor yang merawat Umar tu ada maklumkan bahawa masa di NICU dulu, diorang dah imunkan Umar dengan imunisasi yang dapat protect Umar dari semua jenis virus dalam masa dua minggu. So, InsyaAllah Umar akan selamat dari semua jenis virus termasuk virus campak. Lega saya mendegarnya. Kami balik ruah dan rutin penjagaan baby terus diamil alih oleh mak saya. Saya sangat terhutang budi pada mak. Walaupun dengan kudrat kesihatannya yang tak elok mana, mak sedaya-upaya cuba uruskan baby saya.
Dua minggu berlalu barulah saya bleh pegang dan dukung baby Umar. Mak saya tak mahu benarkan lagi sbenarnya. Tapi, saya yakin saya dah pulih sepenuhnya dari campak. Pertama kali pegang dan dukung Umar selepas hampir 3 minggu tak sentuh dia, jatuh air mata saya. Ya Allah, Alhamdulillah.. Allah pelihara Umar. Saya peluk, saya cium Umar sepuasnya. Dan saya cuba susukan terus Umar dari dada saya. Memang Umar menolak.
Lepas seminggu mencuba Alhamdulillah, Umar mau menyusu terus dari dada saya. Syukur tak terkata. Nikmatnya menjadi seorang ibu. Dan sekarang ni, Umar membesar dengan sangat sihat.
Sunday, March 11, 2018
Friday, September 4, 2015
Bahayakah Demam Campak Kepada Ibu Mengandung?
Assalamualaikum... Amboi-amboi, banyak pulak idea datang nak update blog. My third post after my return.. Hahahaha.....
Minggu lepas my beloved doter Umairah Qasrina kena demam campak. Mana dia dapat pun tak tau la. Mula-mula tu ingatkan ruaam biasa je sebab anak-anak saya ni selalu je naik bintik-bintik merah n gatal-gatal sikit-sikit kalau salah makan.
Qasrina ada mengadu juga dia rasa macam nak demam. Then lepas rasa suha badan dia suam-suam sikit, saya bagi ubat demam. Alhamdulillah, sekali makan je terus recover demamnya. DIa aktif balik sepanjang hari. Esoknya kakak Nabihah bagitau muka Qasrina banyak naik jerawat. Haa, jerawat? Terkejut mama. Jerawat mendenya budak baru 5 tahun. So, saya tengokla apa yang patut. Memang sahla dia kena campak. Tapi demam dah ok. Cuma campak tu baru nak keluar. Banyak dan cepat pulak tu. Semalam tak de lagi. Ada bintik sebijik dua je kat hidung tu. Hari ni dah banyak bintiknya dan penuh kat kepala. Masa mana dia keluar saya pun tak perasan.
Saya bagitau Encik Suami ajak g klinik. Takut juga klinik tak buka sebab hari tu 31 Ogos. Kebanyakkan klinik tutup kan. Kat perlis ni pulak tak de klinik 24 hours. Lagilah masalah. Klu semua tutup terpaksalah pegi hospital.
Dalam keta saya call mak bagitau cucu dia kena campak. Gelabh juga mak. Pastu tanya mak, saya penah kena tak? Mak cakap dah penah kena masa kecik-kecik dulu. Orang kata klu dah penah kena tak kan kena dah kan? Betul ke? Saya risau sebab saya tengah pregnant 35 weeks masa tu. Klu berjangkit akan ada effect tak kat baby. Risau sangat saya. Mak kata, tak dak apa-apa kot. Jagalah anak tu jangan bagi berjangkit.
So, saya google la juga penjagaan orang kena demam campak ni... Banyak info berguna saya dapat. Dan kalau preggy mummy kena pun tak akan effect pada baby klu kandungan tu melepasi 20 weeks. Ramai juga yang kongsi pengalaman kena campak masa trimester ke-3. And mostly semuanya ok. Mama ok n baby pun ok. Tapi untuk langkah berjaga-jaga lebih baik jumpa doktor juga klu ada simptom. Ada ubat untuk in-active kan virus campak tu untuk preggy mummy n baby.
So far, setakat dah seminggu Qasrina kena campak, Alhamdulillah tak de pulak apa-apa simptom saya alami. Moga Allah lindungi saya n baby dalam perut ni. Qasrina pun dah hampir sembuh. Tinggal sebijik dua je lagi yang belum kering. Apa yang saya buat untuk cegah jangkitan campak ni merebak pada saya n adik-beradik yang lain? Inilah antara usaha saya. Ikhtiarla kan...
1. Asingkan tempat tidur tiga beradik tu.
Lepas dah confirm itu campak, malam tu saya asingkan tempat tidur Qasrina. So, disebabkan saya tak leh nak tinggal tempat tidur saya, maka En. Suamilah dengan rela hati mengoffer diri untuk tidur temankan Qasrina. Beside, En. Suami pun memang dah pernah kena demam campak. So, chances untuk dia kena lagi adalah tipis. Lagipun dia tak de risiko ibu hamil. Wink wink wink...
2. Tidur beralas daun semambu.
Lepas balik dari klinik, singgah unah kawan ambik daun tu. Daun ni fungsinya untuk mengurangkan miang badan. Saya carik-carikkan daun tu dari rantingnya dan letak dalam kain pelikat En. Suami. Lepas tu letak atas katil tempat Qasrian akan beradu. Boleh je kalau nak tabur terus je atas tilam. Tapi takut dia tak nak tidur atas daun tu pulak.
3. Mandi air daun semambu.
Mandi pun saya rendamkan daun ni dan mandikan Qasrina sesedap rasa. Dia geli geleman nengok daun tu melekat kat badan dia..
4. Bagi minum air kepala muda.
Beli kat tepi jalan. Jangan beli yang dia dah siap letak ais tu. Suruh peniaga tu potong buah baru yang fresh dan jangan campor ais atau air gula ye. Punyalah susah Qasrina nak minum. Dia kata tak sedap air kepala tu. Saya try ok je. Sedap kot.. Air kelapa ni berfungsi untuk keluarkn campak tu dengan cepat dari badan.
5. Bagi makan sup ayam.
Esoknya mama masak sup ayam bagi Qasrina makan. Fungsinya sama macam air kepala muda . Yang ni beriya la dia makan. Peberet dia...
6. Mandi tidak menggunakan sabun
Mak pesan, jangan guna sabun atau syampoo masa mandi selama tiga hari. Saya kata, hanyirla mak.. Mak kata tak pe hanyir kejap je. Klu guna sabun takut campaknya lambat kluar. Saya ikut je cakap mak. Orang lama makan banyak garam. Lebih pengalamannya. Tapi sepanjang tiga hari tu memang hanyirla anak dara sorang tu. Tapi dia lagi suka pulak sebab tak yah sabun, tak yah syampoo, tak yah sikat rambut n pakai bedak. SIap tanya lagi, boleh tak klu Qas nak mandi macam ni je sampai bila-bila?? Oh anakku....
7. Tidak pakaikan baju.
Mak kata , jangan bagi Qasrina pakai baju sebab nanti miangnya bertambah-tambah. So, sepajang 3, 4 hari jugalah dia pakai seluar je. Dia kata, "malulah mama tak pakai baju..." Mandi tak pakai sabun hang tak malu pulak. Kan busuk... Tak mau???
8. Asingkan semua jenis permainan dan tempat duduk
Kalaun tempat duduk ke, kerusi ke, sofa ke, tempat tidur ke yang dah diduduki oleh Qasrina, maka saya haramkan kakak n Qistina duduk. Saya takut virus berjangkit. Klu diorang dah terduduk, saya suruh diorang mandi. Sekali kena insaflah diorang. Maklumlah semuanya malas nak mandi...
9. Tidak berkongsi makanan dan bekas makanan
Ni pun satu lagi undang-undang mencegah wabak merebak. Diorang bertiga tidak dibenarkan sama sekali berkongsi makanan atau bekas makanan. Makanan Qasrina yang tak habis pun tidak boleh dihabiskan oleh orang lain. Tapi makanan orang lain yang tak habis Qasrina boleh habiskan. Kalau diorang tersentuh Qasrina pun saya suruh cepat-cepat basuh tangan. Saya tak benarkan diorang main sama-sama dan duduk dekat-dekat.
Memang saya jaga betul-betul sebab takut berjangit kepada anak-anak yang lain. Alhamdulillah setakat hari ni semuanya masih terkawal... Saya hanya berusa berikhtiar. Yang selebihnya saya serah pada Allah mohon perlindungan-Nya.
Kenapa Perlu Bersalin C-zer???
Salam... Seperti yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan kenapa saya perlu dan terpaksa bersalin c-cer. Dalam hati ni memang teringin sangat nak bersalin normal. Tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.
Minggu lepas adik saya pun baru bersalin. Normal. Langsung tak de luka. Dia kata sekali teran je baby dah keluar. Tak sakit langsung dan doktor tak perlu jahit langsung. Nikmatnya apa yang Allah kurniakan untuk dia. Walaupun baru anak sulung tapi senang sangat bersalin.
Saya pulak redha je dengan apa yang Allah dah tentukan. Sejak dari awal-awal pregnant lagi doktor dah bagitau saya tak leh bersalin normal. Sebabnya dah dua kali c-zer before this. First sebab anak saya dah hampir lemas. Padahal bukaan dah 9 cm. Tapi saya tak rasa sakit nak meneran dan badan baby agak senget sikit. Yang kedua c-zer sebab twins. Memang confirm tak leh normal sebab sorang melintang sorang lagi sonsang.
Saya tanya doktor tu takkan tak leh cuba juga. Manalah tahu kot-kot boleh bersalin normal. Lagipun jarak kandungan kali ni dengan yang lepas 5 tahun kot. Agak lama kan??? So, doktor tu explain risiko untuk rahim saya pecah tinggi sebab dah dua kali c-zer sebelum ni...
Haa... rahim pecah????? tak pernah pulak saya dengar kes rahim pecah.. Macam mana buleh pecah? pecah kat mana? buleh meletup ke? So, balik umah saya google ino pasal rahim pecah. Terjumpa satu cerita yang terjadi di Sabah. Rupa-rupanya memang ada kes rahim pecah ni. Patutlah doktor tak recommend bersalin normal. Baca kisah tu kat sini ye.. Sedih dan menakutkan...
Jadinya, saya pun redha dan berserah je lah... Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk saya. Cuma doa saya setiap hari agar segala-galanya dipermudahkan. Saya dan baby selamat... Amin....
Minggu lepas adik saya pun baru bersalin. Normal. Langsung tak de luka. Dia kata sekali teran je baby dah keluar. Tak sakit langsung dan doktor tak perlu jahit langsung. Nikmatnya apa yang Allah kurniakan untuk dia. Walaupun baru anak sulung tapi senang sangat bersalin.
Bersalin secara pembedahan
Bersalin secara normal
Saya pulak redha je dengan apa yang Allah dah tentukan. Sejak dari awal-awal pregnant lagi doktor dah bagitau saya tak leh bersalin normal. Sebabnya dah dua kali c-zer before this. First sebab anak saya dah hampir lemas. Padahal bukaan dah 9 cm. Tapi saya tak rasa sakit nak meneran dan badan baby agak senget sikit. Yang kedua c-zer sebab twins. Memang confirm tak leh normal sebab sorang melintang sorang lagi sonsang.
Saya tanya doktor tu takkan tak leh cuba juga. Manalah tahu kot-kot boleh bersalin normal. Lagipun jarak kandungan kali ni dengan yang lepas 5 tahun kot. Agak lama kan??? So, doktor tu explain risiko untuk rahim saya pecah tinggi sebab dah dua kali c-zer sebelum ni...
Haa... rahim pecah????? tak pernah pulak saya dengar kes rahim pecah.. Macam mana buleh pecah? pecah kat mana? buleh meletup ke? So, balik umah saya google ino pasal rahim pecah. Terjumpa satu cerita yang terjadi di Sabah. Rupa-rupanya memang ada kes rahim pecah ni. Patutlah doktor tak recommend bersalin normal. Baca kisah tu kat sini ye.. Sedih dan menakutkan...
Jadinya, saya pun redha dan berserah je lah... Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk saya. Cuma doa saya setiap hari agar segala-galanya dipermudahkan. Saya dan baby selamat... Amin....
My Return.....
Assalamualaikum...
Lamanya tak berblog... Dah berhabuk dah blog makcik. Jenuh ni nak menyental... Huhuhu... Maklumlah sejak2 disahkan hamil lagi hujung tahun 2014, saya alami alahan teruk. Muntah memanjang. Nak buat apa pun malas. Tambah-tambah nak update blog. Lagilah bertambah-tambah malasnya...
Ni dah 36 weeks dah pregnant. Tunggu masa je nak meletup. Last check-up kat hospital dah set date for czer 15 September ni. Kenapa saya kena czer natilah saya update ye... Lagipun sekarang dah tak de mabuk-mabuk n muntah-muntah. Makanya bolehlah saya meng-update blog saya dengan jayanya....
Post ni just mcm post "my return" la.. Ceewaahhh... Nyampah x? Mcmlah ramai sgt org follow blog I... Perasan je lebih. Tapi bukan niat nak tulis blog ni nak menunjuk apa-apa kan. Just for sharing my experience. Sharing is caring right... nyeh nyeh nyeh.....
Rasanya banyak benda nak share isu-isu seputar kehamilan dan persediaan bersalin. Lepas bersalin nanti takut sibuk jaga anak pulak tak sempat nak update blog lagi kan... Since dah ambik coti awal ni, bulehlah saya update dan kongsikan apa-apa pengalaman yang patut....
Lamanya tak berblog... Dah berhabuk dah blog makcik. Jenuh ni nak menyental... Huhuhu... Maklumlah sejak2 disahkan hamil lagi hujung tahun 2014, saya alami alahan teruk. Muntah memanjang. Nak buat apa pun malas. Tambah-tambah nak update blog. Lagilah bertambah-tambah malasnya...
Ni dah 36 weeks dah pregnant. Tunggu masa je nak meletup. Last check-up kat hospital dah set date for czer 15 September ni. Kenapa saya kena czer natilah saya update ye... Lagipun sekarang dah tak de mabuk-mabuk n muntah-muntah. Makanya bolehlah saya meng-update blog saya dengan jayanya....
Post ni just mcm post "my return" la.. Ceewaahhh... Nyampah x? Mcmlah ramai sgt org follow blog I... Perasan je lebih. Tapi bukan niat nak tulis blog ni nak menunjuk apa-apa kan. Just for sharing my experience. Sharing is caring right... nyeh nyeh nyeh.....
Rasanya banyak benda nak share isu-isu seputar kehamilan dan persediaan bersalin. Lepas bersalin nanti takut sibuk jaga anak pulak tak sempat nak update blog lagi kan... Since dah ambik coti awal ni, bulehlah saya update dan kongsikan apa-apa pengalaman yang patut....
Thursday, December 11, 2014
Mesin Basuh Yang Sesuai
Ramai yang keliru samada nak gunakan mesin basih semi-auto atau fully-auto. Kalau tanya pendapat saya kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangannya.
Semi-Auto Washing Machine :
Mesin basuh jenis ni sangat sesuai untuk mereke-mereka yang sangat mementingkan kualiti dan keharuman pakaian. Mesin basuh bagus dalam memelihara kualiti, warna dan keharuman pakaian. Guna sabun pencuci biasa pun pakaian masih lagi boleh dijaga dengan baik dan masih berbau wangi walaupun tanpa menggunakan pelembut.
Kekurangan mesin basuh ni pula adalah memakan masa yang agak lama sebab kalau kadang-kadang kita terlupa, makan dah siapla kita basuh baju. Mesin basuh ni beroperasi secara manual di mana memerlukan kita untuk sentiasa memantau progress nya sebab kita sendiri yang perlu setkan progress seterusnya.
Fully-Auto Washing Machine:
Mesin basuh jenis ni pulak sesuai sangat untuk orang yang tak de masa dan tak de maid. Hahaha... Macam sayala.... Kelebihan mesin basuh ni satuuuu je.. Dia membasuh dengan cepat dan ikut masa yang ditetapka tanoa kita perlu bersusah-payah tunggu dia. Letak sabun, set time pastu tunggu je dia menjerit inform dah siap. Sambil tu korang bolehla buat keja lain.
Tapi ada juga kekurangan mesin basuh jenis ni. Kualiti dan keharuman pakaian mungkin kurang terjag. Mesin ni akan spin pakaian kita setiap kali selepas bilasan. Bayangkan kalau dia bilas tiga kali makanya tiga kali la pakaian kita akan dispin. Spin ni kan tak berapa bagus. Boleh mereputkan pakaian dengan cepat. Selain tu, pakaian kita kurang wangi. Kena beli pencuci yang memang betul-betul wangi untuk dapatkan keharuman pakaian tu. Ataupun gunakan pelembut pakaian untuk bilasan terakhir.
Ini pendapat saya sahaja. Terpulangla kat korang nak suka yang mana satu kan... Adapun cara basuhan yang paling baik adalah cucian tangan. Semuanya terjaga.. Tapi korang sanggup ke???
Mesin basuh jenis ni pulak sesuai sangat untuk orang yang tak de masa dan tak de maid. Hahaha... Macam sayala.... Kelebihan mesin basuh ni satuuuu je.. Dia membasuh dengan cepat dan ikut masa yang ditetapka tanoa kita perlu bersusah-payah tunggu dia. Letak sabun, set time pastu tunggu je dia menjerit inform dah siap. Sambil tu korang bolehla buat keja lain.
Tapi ada juga kekurangan mesin basuh jenis ni. Kualiti dan keharuman pakaian mungkin kurang terjag. Mesin ni akan spin pakaian kita setiap kali selepas bilasan. Bayangkan kalau dia bilas tiga kali makanya tiga kali la pakaian kita akan dispin. Spin ni kan tak berapa bagus. Boleh mereputkan pakaian dengan cepat. Selain tu, pakaian kita kurang wangi. Kena beli pencuci yang memang betul-betul wangi untuk dapatkan keharuman pakaian tu. Ataupun gunakan pelembut pakaian untuk bilasan terakhir.
Ini pendapat saya sahaja. Terpulangla kat korang nak suka yang mana satu kan... Adapun cara basuhan yang paling baik adalah cucian tangan. Semuanya terjaga.. Tapi korang sanggup ke???
Cara Mengenalpasti Kosmetik Mengandungi Bahan Kimia Terlarang
Sekarang ni terdapat banyak sangat produk-produk kosmetik di pasaran. Macam-macam tag line yang diorang buat untuk menarik minat pelanggan. Saya pun kadang-kadang tergoda juga. Maklumlah pompuan kan.....
Tapi susah juga sebenarnya kita nak kenalpasti samada sesuatu produk tu selamat atau tidak. Ada yang iklanlakn kononnya organik berasaskan herba tapi bila pakai makin teruk pula jadinya. Maksudnya tak organikla produk tu kan....
Inilah merkuri yang boleh menyebabkan kerosakkan janin dan kanser |
Kat sini saya nak kongsikan cara untuk mengenalpasti samada sesuatu produk tu mengandungi merkuri atau tidak. Kaedah ni pun saya daptkan daripada blog-blog tempatan. Ada 3 cara :
Cara 1 :
Sapukan produk korang (day cream atau night cream) kat sehelai tisu. Pastu jemurkan tisu tu di bawah panas matahari. Kalau tisu tu bertukar menjadi hitam atau kelabu, maknanya produk tu ada mengandungi merkuri.
Cara 2 :
Ambil cincin emas atau gelang emas yang tulen. Kemudian calit sedikit cream korang kat cincin atau gelang emas tu. Pastu gosok kat tapak tangan. Kalau cream tu bertukar warna kelabu, maknanya produk tu mengandungi merkuri. Buleh jadi juga warna hijau gelap atau hitam. Lagi gelap warna maknanya lagi banyak merkuri yang digunakan.
Cara 3 :
Hantarkan produk korang ke lab untuk diuji samada ada bahan kima ke tak.
Satu lagi cara nak tau produk tu ada merkuri ke tidak, tengok pada tekstur cream tu. Selalunya cream yang ada merkuri ni berkilat, melekit dan nampak macam diamond gitu..
Semalam saya ada beli satu produk yang menjanjikan puteh dalam masa 24 jam. Rasa diri ini agak bodoh sebab terpedaya dengan iklan macam tu. Lepas guna sabun dia muka jadi panas dan pedih. Saya dah rasa tak sedap hati. Terusla saya google tentang produk tu. Rupanya memang ada dah pengguna yang menyesal guna produk tu. Produk tu ok untuk bulan pertama tapi lepas tu akan ada la kesan sampingan. Bukan semakin cantik tapi semakin hudus jadinya.
Saya pun tryla guna kaedah 2 untuk cek merkuri. Sekali day cream tu tukar jadi warna hijau gelap daaa..... Menyesal beli. Night cream dia tukar juga tapi sikit je. Mungkin sikit kot kandungan merkuri dia. Tapi bila dah satu tak ok, saya simpulkan semua tak ok la kan. Saya pangkahla produk ni. Rugi je beli..
Sebab tu la saya terpanggil nak kongsikan kaedah nak kenalpasti merkuri ni. Kita orang pompuan ni memang mudah sangat terpengaruh dengan iklan-iklan dasyat kat web site kan.... Lepas ni kenalah lebih berhati-hati. Saya pun akan cuba cari produk yang lebih selamat lepas ni.
Wednesday, December 10, 2014
Cara Sucikan Permaidani Terkena Air Kencing
Suatu petang, masa tengah seronok bermain kat luar, anak kembar saya - Qasrina, terlompat-lompat bagaitau saya dia nak kencing. Masa tu saya tengah cabut rumput kat halaman rumah.
" Mama, Qas nak kencing "
" Ha, masuk dalam cepat. Papa ada kat dalam. Bagitau papa Qas nak kencing ya "
So, saya teruskan mencabut rumput. Tetiba dengar Qas menangis dari dalam umah. Rupa-rupanya dia dah terkencing tapi tak sempat nak tanggalkan seluar. Papanya tengah solat masa tu. Dia kencing kat depan bilik air yang kebetulan percikan air kencing tu terkena pada carpet yang ada kat situ.
Saya dah tak tahu macam mana nak buat. Dahla carpet tu berat. Nak membasuhnya siapla berminggu-minggu baru kering. Nak jadi cerita, carpet tu baru je balik dari dobi. Malas nak hantar lagi sebab berat nak angkat.
Gambar hiasan dari en google |
Jadinya, saya google la cari jawapan maacam mana nak sucikan najis air kencing yang terkena carpet. Saya angkat juga carpet tu dan basuh kat bahagian yang terkena sahaja. Saya lalukan air lepas tu bilas dan keringkan.
Ini soalan dan jawapan yang saya jumpa di google.
Soalan :
Anak
kecil saya yang berumur empat tahun terkencing di dalam masjid dan air
kencingnya terkena karpet masjid. Bagaimana cara terbaik bagi
membersihkan kawasan terkena najis pada karpet ini?
Jawapan :
Sekiranya
karpet itu boleh diangkat, maka wajib diangkat dan di cuci di luar
masjid. Kemudian, wajib membilasnya dengan air yang bersih selepas
membasuhnya.
Sekiranya
sukar mengangkatnya kerana karpet itu di gam pada lantai ataupun ada
barang-barang yang berat di atasnya, maka dimaafkan daripada
mengangkatnya. Cara memcucinya, tuangkan air ke atas tempat terkena
najis sehingga rata di kawasan najis itu. Kemudian, keringkan air itu
dengan kain yang dilekapkan di atasnya. Ulang sebanyak tiga kali sampai
tinggal lembap-lembapnya sahaja.
Apabila kering, tempat itu dikira bersih dan harus sembahyang ataupun lalu lalang di atasnya.
Tuesday, December 9, 2014
My Journey With Garcinia Burner
Saya dah mula naik bosan dengan Set Shaklee. Bukannya tak berkesan tapi agak lambat keberkesanannya. Saya ni jenis yang tak boleh sabar dan nak nampak perubahan cepat.
Sekarang ni dah mula berkenalan dengan produk baru yang direcomenkan by Dr Oz tu. Garcina Burner. Ye ke berkesan. Macam tak yajin tapi nak cuba juga. Baru dua hari pengembaraan saya bersama Garcinia burner. Masih terlalu awal nak kongsikan kesannya. Katanya kesan buleh dilihat dalam masa 15 hari kan. Kena sabarla untuk dua minggu. Tunggu ye.... Saya akan update kesan produk ni nanti....
Sekarang ni dah mula berkenalan dengan produk baru yang direcomenkan by Dr Oz tu. Garcina Burner. Ye ke berkesan. Macam tak yajin tapi nak cuba juga. Baru dua hari pengembaraan saya bersama Garcinia burner. Masih terlalu awal nak kongsikan kesannya. Katanya kesan buleh dilihat dalam masa 15 hari kan. Kena sabarla untuk dua minggu. Tunggu ye.... Saya akan update kesan produk ni nanti....
Bekas Rempah Baru
Cuti sekolah tahun ni memang dah plan nak buat macam-macam. Salah satu agenda terbesar adalah menyimpan dan menyusun atur rumah supaya kelihatan lebih tersusun. Tapi till the end of November, satu apa pun yang diplanning tak jadi-jadi lagi. Kelam kabut kabawah kabinet dapur tu tak taula nak cakap. Tak kira lagi serabut kat dalam peti sejuk. Semua nak buat tapi MALAS juga yang menang. Tak habis-habis melayan cerita Korea saja.
Tapi dua tiga hari ni dah datang dah balik angin nak mengemas umah. Mula hari Isnin hari tu, saya kemas yang basic-basic dulu. Vacuum and mop lantai je. Hari Selasa keluar pekan shopping barang dapur and then terjumpa barang-barang yang boleh guna untuk menyusun utur dapur saya yang semakin parah.
Saya dah pernah kongsikan rak rempak ratus saya. Mula-mula suka sangat. Dah setahun kat situ mula dah nampak kekurangan menggunakan balang rempah stainless steel ni. Karatnya sampai meluat mak nengok....
Ini rak rempah saya sejak tahun lepas masa mula-mula pasang.
Lepas dah selesa duduk kat situ, gini pulak jadiknya....
Hudus dan berkarat terutamnya bekas yang isi garam. Yang lain-lain pun sama juga. Tak cantik dan sangat merbahaya kan....!!!
So, saya ambik keputusan semua balang-balang tu perlu ditukar baru. Puas cari yang sesuai nak letak kat situ. Saya sebolehnya nak elakkan balang berpenutup steel macam yang lama tu. Cari punya cari akhirnya jumpa juga balang yang murah dan yang penting penutupnya plastik. Confirm tak kan berkarat.
Saya beli balang ni kat kedai RM 2.00 je. Harganya confirmla 2 hengget kan. Lagi mau tanya. Bekas kaca berpenutup plastik dan yang paling best colour hijau... I like.....
Dah alang-alang murah je saya rembat terusla 5 ketoi. Puas hati mak....
Lepas siap dicuci makanya , semua benda alah yang kat dalam bekas lama tu dipindahkan ke bekas baru. Seronokla diorang buleh pindah umah baru kan....
Pastu susun balik kat rak dia...
Labelling masih belum sempat dibuat sebab hari tu lupa beli sticker paper masa pegi kedai buku. Coming soon okey...
Dah alang-alang tukar balang baru, saya pun buat clearance sikit kat rak rempah tuh. Maklumla dah lama tak service. Berminyak, kotor, berhabuk dan tunggang langgang botol-botolnya.
Sakit mata memandang kan....
Sakit mata memandang kan....
Wah wah wah.... bersih berkilat adonya.... Barula semangat sikit nak memasak cenggini... Hahaha....Yolah tu semangat..... Penyakit M tu ngak bisa diusir lagi.....
Wednesday, November 5, 2014
Pokok Bantu Memasak
Bosan dengan perkataan BAHAN BANTU MENGAJAR. Nak manipulate perkataan tu untuk benda lainlah. Boleh kalau guna POKOK BANTU MEMASAK untuk describe pokok-pokok kat dapur rumah saya. Tak banyak pun pokok-pokok yang saya tanam di dapur. Tapi time-time terdesak bolehla guna. Jimat duit, tak yah beli dah.
Pokok daun kari yang segar merimbun. Beli dari seorang rakan guru RM 15. Puas cari kat nursery dan pasar tani tapi tak de jual.
Pokok limau nipis. Banyak kegunaannya. Selain untuk masak boleh guna untuk kuruskan badan dan faktor sebenar saya tanam pokok ni sebab nak menjauh cik ulor masuk kawasan rumah. Saya terbaca petua halau ulor dalam blog-blog tempatan. Cara ni paling semulajadi dan berkesan. Alhamdulillah setakat pokok ni ada, tak nampakla lagi kelibat cik ulor dalam kawasan umah saya. Tapi yang penting doa dan tawakal pada Allah. Pokok tu hanya ikhtiar sahaja ye.....
Pokok cili padi. Beli dari rakan guru juga tapi tak ingat dah berapa hengget. Sangat meriah cilinya. Tapi selalunya saya tak sempat nak kutip. Ayam jiran sebelah sapu bersih dulu semua cili-cili comel saya ni. Heran betul ayam zaman moden ni. Tak pedas ke cili tu cik ayam oi??
Pokok kunyit. Kunyitnya jarang sangat saya ambik. Saya guna daunnya saja untuk masakkan rendang dan masak merah ayam. Kadang-kadang guna untuk balut ikan bakar. Baunya memang meruntun selera makan saya. Mak saya yang tanam masa mula-mula pindah masuk sini. Dah hampir dua tahunla pokok ni hidup kat sini.
Niat hati nak tanam pokok-pokok renek macam daun bawang, daun sup, pudina, kucai , pandan dan salad. Hari tu dah nampak kat pasar tani. Nak belilah nanti....
Tuesday, November 4, 2014
Tapak Parking
Penat mata nengok dua kereta tu disumbat bawah parking sedia ada sekarang. Sempit dan tak selesa. Saya dan keluarga nak keluar pun susah. Encik suami plan nak buat parking asing. Jadinya saya selaku perancang, arkitek dan kontraktor telah memutukan tapak yang sesuai untuk parking keta kami.
Rasanya muat kot kalau nak parking bas sebijik pon.... Hahaha... :-)
Mawar Desa Pindah Tempat
Sejak mula pindah masuk rumah ni, saya memang suka sangat dengan bunga ros. Cantik dipandang dan wangi baunya. Suami pun suka bunga ros ni. Mula-mula dulu ada juga saya beli ros pelbagai warna. Antaranya kuning dan putih. Ros merah dan pink tu sumbangan dari mak. Tapi ros putih dan kuning tak berapa sesuai di tanah laman saya. Bulan pertama je berbunga lepas tu mandul. Geram punya pasal, saya buang terus dari pasu. Tapi ros kampung yang mak bagi tu memang tahan lasak.
Sebelum ni saya tanam dalam pasu. Tapi bunganya tak banyak. Sebulan dua kali je berbunya. Kat umah mak di kampung meriahnya bunga dia. Mak cadangkan pindahkan ke tanah. Saya tanam dalam pasu sebab tanah laman saya berbatu dan keras. Malas nak korek.
Bulan lepas mak datang umah. Dia korek tanah dan pindahkan ros saya ke tanah. Lepas seminggu saya terkejut dengan hasilnya....
Mohon diabaikan rumput liar yang mencacatkan pandangan mata. Tak sempat nak trim. Sibuk memanjang....
Tambah Koleksi Tanaman Hiasan
Sekarang ni saya dah mula berminat dengan tanaman hiasan yang tak berbunga. Kalau dulu, semua jenis bunga ros jadi kegilaan saya. Kalau pergi ke nursery, semua jenis bunga ros saya angkut. Alih-alih, bila balik tanam kat umah, dah jadi mandul pulak ros tu. Tak nak berbunga. Jadinya dah frust la ni.
Sekarang ni dah mula minat dengan pokok hiasan yang berdaun cantik. Selama ni mata saya tak nampak kecantikan pokok-pokok jenis ni. Sebenarnya pokok-pokok jenis ni lebih senaang dijaga dan diselenggara. Tak macam pokok bunga ros yang perlu dibelai selalu. Kebanyakkan pokok-pokok bunga hiasan berdaun cantik ni dari jenis pokok keladi dan pokok puding. Macam-macam warna dan jenis daun. Semuanya cantik dan memukau pandangan.
Kat bawah ni antara koleksi tanaman hiasan saya setakat hari ni. Niat hati nak tambah lagi. Memang dah aim dah 2, 3 jenis lagi pokok masa kat nursery hari tu. Tapi tak muat kereta nak angkut semua. Sabar. Lepas ni saya nak angkut juga.
Sekarang ni dah mula minat dengan pokok hiasan yang berdaun cantik. Selama ni mata saya tak nampak kecantikan pokok-pokok jenis ni. Sebenarnya pokok-pokok jenis ni lebih senaang dijaga dan diselenggara. Tak macam pokok bunga ros yang perlu dibelai selalu. Kebanyakkan pokok-pokok bunga hiasan berdaun cantik ni dari jenis pokok keladi dan pokok puding. Macam-macam warna dan jenis daun. Semuanya cantik dan memukau pandangan.
Kat bawah ni antara koleksi tanaman hiasan saya setakat hari ni. Niat hati nak tambah lagi. Memang dah aim dah 2, 3 jenis lagi pokok masa kat nursery hari tu. Tapi tak muat kereta nak angkut semua. Sabar. Lepas ni saya nak angkut juga.
Monday, September 29, 2014
Memerangi Serangga
Bercerita tentang serangga perosak ni, pelbagai jenis ubat serangga saya dah pernah guna tapi semuanya tak berkesan. Masa kat rumah sewa dulu, masalah paling besar adalah lipas dan tikus. Kalau time balik kampung, seminggu saya tinggal rumah, lepas balik ke rumah semula, rumah tu dah jadi macm rumah diorang dah. Botol minyak ditebuk si tikus, air minum dijadikan kolam si lipas dan semut. Diorang tinggalkan mayat-mayat sahabat mereka yang kurang bernasib baik kat dalam pelbagai bekas makanan. Penat dan tension sangat.
Banyak ubat saya dah guna tapi satu pun tak menjadi. Hinggalah saya terjumpa dengan satu produk ni. Produk kampung je. Tapi sangat berkesan plus mesra alam pulak tu.
Ubat anti serangga ni saya terjumpa kat Pasar Tani Pauh. Sebenarnya cari benda lain tapi terjumpa benda lain. Abang yang jual tu cakap memang berkesan dan mesra alam. Tak bahaya pada kanak-kanak dan wangi. Saya try beli yang kecik dulu. Balik rumah terus sembur dalam kabinet dapur. Pastu cari punca sang semut, sembur juga kat situ. Dalam beberapa minit je, masalah selesai. Semua semut dan lipas mati bergelimpangan. Cicak pulak, saya sembur kat tempat dia suka memerut dan melepak. Lepas tu dia tak datang dah situ. Yang paling best sang lalat. Lepas sembur je kat tempat dia hurung tu, terus lari dan tak datang balik dah walaupun sampah tu terdedah. Belum pernah cuba pada sang tikus sebab buat masa ni belum ada lagi sang tikus yang menghuni kat rumah saya.
Sampai sekarang saya masih lagi setia dengan ubat anti serangga ni. Sangat-sangat berpuas hati. Thumbs up for this product....
Subscribe to:
Posts (Atom)