Thursday, March 27, 2014

Susun Atur : Dapur Kecil Saya

Saya sangat suka dengan idea susun atur dari blog-blog susun atur yang saya kunjungi seperti Susun Atur Sioca, Uyah Nazura, Mimiziouslicious dan banyak lagi.Suka dengan pelbagai idea yang dikongsikan tentang susun atur kediaman mereka. Jadi, saya pun terpanggil untuk kongsikan susunatur dapur kecil saya.

Inilah dapur kecik saya yang tak seberapa.




Ni pulak susun atur kawasan dapur.
 Bekas rempah-ratus yang macam-macam. Yang penting label tu. Padahal kalau tak label pun boleh je kenal. Saja nak nampak gempak sikit 

 Ini tong sampah kecil untuk buang sisa-sisa makanan. Wajib ada kat tepi singki. Senang masa nak memasak dan lepas makan. Tapi kena bekerja keras untuk maintenance. Kena tukar selalu plastik sampah dia supaya tak berbau. Dah cuba cari warga hijau tapi takde. Ini je yang ada.


 Susunan pelbagai jenis bawang, sos, kicap dan minyak. Kat tepi rak hijau tu saya letak tong beras. Semua ada di satu tempat. Senang nak capai.



 Ini pula susunan atas kabinet dapur saya. Agak bercelaru dengan pelbagai jenis barang. Supplement, gula, susu dan bekas air masak. Mungkin keadaan ni akan berubah di masa akan datang. Idea bernas tak datang lagi ni. Kena cari idea-idea bernas yang lain untk transformasi ruang dapur ni.



Tuesday, March 18, 2014

PBS Baru Kurangkan Beban Guru

  • Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) baru yang akan dilaksana bermula 1 April ini akan mengurangkan beban guru sehingga 80 peratus, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Antara ciri baru sistem baru itu, guru akan memasukkan data berdasarkan masa yang sesuai secara 'offline', kata Muhyiddin yang juga merupakan menteri pendidikan pada sidang media di Parlimen hari ini.

    "Guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa dan kaedah mereka sendiri," kata Muhyiddin.

    Beliau berkata demikian sewaktu mengumumkan perubahan kedua PBS membabitkan penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang kini dipermudah menjadi Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid.

    Perubahan ketiga pada PBS pula adalah guru kini tidak perlu lagi menyediakan Fail perkembangan Murid (FPM) dan Rekod Transit dan perkembangan prestasi murid boleh direkod guru berdasarkan kesesuaian masa mereka, kata Muhyiddin.

    Sebelum ini, PBS telah ditangguhkan pelaksanaannya apabila guru-guru merungut ia menambah beban tugas perkeranian mereka dan sistem itu yang hanya boleh diakses secara dalam talian juga adalah kurang stabil.

    PBS diperkenalkan pada 2011 dan memansuhkan peperiksaan tahunan yang selama ini dihadapi pelajar termasuk Penilaian Menengah Rendah dan Ujian Bersepadu Sekolah Rendah

Saturday, March 15, 2014

Meat Baked With Pasta

Kali ni saya nak kongsi pulak resepi bebola daging bakar bersama pasta. Asalnya nak wat tak mau tambah pasta tapi rasa macam tak kenyang pulak. So, saya decide nak tambah pasta untuk memberatkan lagi sajian ni..

Bahan-bahan yang diperlukan :

1/2 tin cendawan butang - kalau suka boleh guna satu tin.
1 tin sos prego carbonara cendawan.
Pelbagai jenis keju yang digemari. Lagi banyak lagi sedap.
Bebola daging - ikut kehendak
Daging kisar - ikut suka banyak mana
Pasta (apa-apa jenis pun tak pe)
1 biji bawang besar - dadukan
2 ulas bawang putih- ketuk
3 biji cili merah/hijau/lada benggala
Minyak masak
Lada hitam
Garam & gula
Rempah ratus Inggeris (origano, bay leaf)
Tepung jagung sikit je.- bancuh dengan air.


 Cara-cara penyediaan :
  1. Rebus pasta dalam periuk. Tips tampahkan satu sudu minyak masak untuk elakkan pasta melekat. Bila dah lembut, tos dan ketepikan.
  2. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili hingga naik bau dan layu. 
  3. Masukkan bebola daging dan daging kisar. Biarkan seketika hingga masak.
  4. Masukkan sos prego carbonara. Kacau sebati. Biarkan seketika hingga mendidih.
  5. Masukkan cendawan yang dihiris halus.
  6. Perasakan dengan rempah inggeris, garam, gula dan lada hitam.
  7. Masukkan pasta dan gaul sebati. 
  8. Jika adunan kurang pekat, bolehlah campurkan dengan bancuhan air tepung jagung.
  9. Bila dah pekat, tutup api. Masukkan ke dalam bekas aluminium atau bekas bakar yang sesuai.
  10. Taburkan cheese secukup rasa. Lagi banyak cheese lagi sedap.
  11. Bakarkan di dalam oven selama lebih kurang 20 minit dengan suhu 220 darjah celcius.

Dan inilah hasilnya....
 Masih dalam oven. Tak sabarnye...


Dah siap... Sedap hingga menjilat sudu...
Selamat mencuba...


Sunday, March 9, 2014

Sambal Udang Besar

Kali ni saya nak berkongsi resepi Sambal Udang Saiz XXXL. Saja rasa macam nak makan udang. Jadinya Encik Suami pun bersusah payahla dapatkan udang saiz XXXl kat Nat Getah. Kalau orang Perlis mesti tau Nat Getah ni. Pasar Tani pagi yang menjual pelbagai barang basah, kering, mentah dan barang siap. Pakaian dan barangan dapur pun ada. Lebih best dari pasaraya TESCO.

Alkisahnya lepas Encik Suami balik dari Nat Getah tu, dibawanya jugala udang saiz XXXL tu. Saya ingatkan saiz biasa yang dia selalu beli. Sekali lepas keluarkan dari plastik, inilah dia. Terkejut saya.


Besarnya dia... Dalam bekas aiskrim ni, muat 10 ekor je. Dalam piring sederhana tu muat 2 ekor je.. 



Lebih besor dari ibu jari saya.....

Dan Encik Suami mintak masak sambal...

Bahan-bahan :

4 ekor udang saiz XXXL. Kalau saiz biasa ikut suka la nak berapa ekor.
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering (kalau nak pedas boleh tambah lagi) - elakkan guna cili boh ye...
Seulas bawang besar - dimayang bulat-bulat
Sedikit belacan
Perahan air asam jawa
Minyak masak
Garam dan gula

Cara-cara :
  1. Basuh udang sampai bersih. Buangkan tahi udang kat belakang dia. Potong dengan gunting kulit udang tu dan tarik tali najis udang yang ada kat belakang udang tu.
  2. Potong cili kering dan rendamkan dalam air panas untuk lembutkan ia.
  3. Kisar bawang merah, bawang putih, cili kering dan belacan hingga hancur. Petua untuk hancurkan semua bahan tu, campurkan satu sudu minyak masak dalam blender.
  4. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng udang tu sekejap untuk keringkan air. Jangan lama sangat, kang kecut pulak udang tu. Angkat dan ketepikan.
  5. Gunakan baki minyak gorengan udang tadi, tumiskan bahan yang dikisar tadi. Kemudian tambahkan perahan air asam jawa.
  6. Biarkan masakkan tadi hingga pekat dan kering. Kacaulah sekali sekala supaya tak melekat di kuali.
  7. Perasakan kuah dengan garam dan gula.
  8. Bila kuah sudah pekat, kering dan naik minyak, masukkan udang yang telah digoreng tadi. Kacau seketikan sehingga sebati dengan kuahnya.
  9. Taburkan bawang besar yang dimayang bulat sebagai hiasan.
  10. Siap dan boleh dimakan....

Makan dengan nasi panas memang terangkat.... 
Selamat mencuba...



Kelab Kesenian dan Kebudayaan

Setelah beberapa tahun membuat pemohonan daripada PK KoKo untuk tubuhkan Kelab Kesenian dan Kebudayaan, akhirnya tahun 2014 ni dah dipersetujui. Alhamdulillah. Bermula dengan ahli seramai 23 orang je. Majoriti pelajar tingkatan 2.

Minggu pertama perjumpaan, saya dah bersiap sedia dengan tugasan untuk kumpulan. Saya mahu semua ahli kelab mengenali tentang kesenian dan kebudayaan yang terdapat di Malaysia ni. Ye la, budak-budak alaf baru ni mana la nak tau sangat tentang kesenian dan kebudayaan masyarakat Malaysia yang semakin dilupakan.

Aktiviti minggu kedua. Perbentangan kumpulan 2 tentang Permainan Tradisional masyarakat Malaysia
 Penilaian saya : Pelajar terhibur dan teruja dengan perbentangan ini. Ramai yang berminat mengajukan persoalan. Saya pun tak ketinggalan sebab sebelum ni tak pernah dengar tentang permainan tradisonal kaum India. Menarik......