Assalamualaikum... Amboi-amboi, banyak pulak idea datang nak update blog. My third post after my return.. Hahahaha.....
Minggu lepas my beloved doter Umairah Qasrina kena demam campak. Mana dia dapat pun tak tau la. Mula-mula tu ingatkan ruaam biasa je sebab anak-anak saya ni selalu je naik bintik-bintik merah n gatal-gatal sikit-sikit kalau salah makan.
Qasrina ada mengadu juga dia rasa macam nak demam. Then lepas rasa suha badan dia suam-suam sikit, saya bagi ubat demam. Alhamdulillah, sekali makan je terus recover demamnya. DIa aktif balik sepanjang hari. Esoknya kakak Nabihah bagitau muka Qasrina banyak naik jerawat. Haa, jerawat? Terkejut mama. Jerawat mendenya budak baru 5 tahun. So, saya tengokla apa yang patut. Memang sahla dia kena campak. Tapi demam dah ok. Cuma campak tu baru nak keluar. Banyak dan cepat pulak tu. Semalam tak de lagi. Ada bintik sebijik dua je kat hidung tu. Hari ni dah banyak bintiknya dan penuh kat kepala. Masa mana dia keluar saya pun tak perasan.
Saya bagitau Encik Suami ajak g klinik. Takut juga klinik tak buka sebab hari tu 31 Ogos. Kebanyakkan klinik tutup kan. Kat perlis ni pulak tak de klinik 24 hours. Lagilah masalah. Klu semua tutup terpaksalah pegi hospital.
Dalam keta saya call mak bagitau cucu dia kena campak. Gelabh juga mak. Pastu tanya mak, saya penah kena tak? Mak cakap dah penah kena masa kecik-kecik dulu. Orang kata klu dah penah kena tak kan kena dah kan? Betul ke? Saya risau sebab saya tengah pregnant 35 weeks masa tu. Klu berjangkit akan ada effect tak kat baby. Risau sangat saya. Mak kata, tak dak apa-apa kot. Jagalah anak tu jangan bagi berjangkit.
So, saya google la juga penjagaan orang kena demam campak ni... Banyak info berguna saya dapat. Dan kalau preggy mummy kena pun tak akan effect pada baby klu kandungan tu melepasi 20 weeks. Ramai juga yang kongsi pengalaman kena campak masa trimester ke-3. And mostly semuanya ok. Mama ok n baby pun ok. Tapi untuk langkah berjaga-jaga lebih baik jumpa doktor juga klu ada simptom. Ada ubat untuk in-active kan virus campak tu untuk preggy mummy n baby.
So far, setakat dah seminggu Qasrina kena campak, Alhamdulillah tak de pulak apa-apa simptom saya alami. Moga Allah lindungi saya n baby dalam perut ni. Qasrina pun dah hampir sembuh. Tinggal sebijik dua je lagi yang belum kering. Apa yang saya buat untuk cegah jangkitan campak ni merebak pada saya n adik-beradik yang lain? Inilah antara usaha saya. Ikhtiarla kan...
1. Asingkan tempat tidur tiga beradik tu.
Lepas dah confirm itu campak, malam tu saya asingkan tempat tidur Qasrina. So, disebabkan saya tak leh nak tinggal tempat tidur saya, maka En. Suamilah dengan rela hati mengoffer diri untuk tidur temankan Qasrina. Beside, En. Suami pun memang dah pernah kena demam campak. So, chances untuk dia kena lagi adalah tipis. Lagipun dia tak de risiko ibu hamil. Wink wink wink...
2. Tidur beralas daun semambu.
Lepas balik dari klinik, singgah unah kawan ambik daun tu. Daun ni fungsinya untuk mengurangkan miang badan. Saya carik-carikkan daun tu dari rantingnya dan letak dalam kain pelikat En. Suami. Lepas tu letak atas katil tempat Qasrian akan beradu. Boleh je kalau nak tabur terus je atas tilam. Tapi takut dia tak nak tidur atas daun tu pulak.
3. Mandi air daun semambu.
Mandi pun saya rendamkan daun ni dan mandikan Qasrina sesedap rasa. Dia geli geleman nengok daun tu melekat kat badan dia..
4. Bagi minum air kepala muda.
Beli kat tepi jalan. Jangan beli yang dia dah siap letak ais tu. Suruh peniaga tu potong buah baru yang fresh dan jangan campor ais atau air gula ye. Punyalah susah Qasrina nak minum. Dia kata tak sedap air kepala tu. Saya try ok je. Sedap kot.. Air kelapa ni berfungsi untuk keluarkn campak tu dengan cepat dari badan.
5. Bagi makan sup ayam.
Esoknya mama masak sup ayam bagi Qasrina makan. Fungsinya sama macam air kepala muda . Yang ni beriya la dia makan. Peberet dia...
6. Mandi tidak menggunakan sabun
Mak pesan, jangan guna sabun atau syampoo masa mandi selama tiga hari. Saya kata, hanyirla mak.. Mak kata tak pe hanyir kejap je. Klu guna sabun takut campaknya lambat kluar. Saya ikut je cakap mak. Orang lama makan banyak garam. Lebih pengalamannya. Tapi sepanjang tiga hari tu memang hanyirla anak dara sorang tu. Tapi dia lagi suka pulak sebab tak yah sabun, tak yah syampoo, tak yah sikat rambut n pakai bedak. SIap tanya lagi, boleh tak klu Qas nak mandi macam ni je sampai bila-bila?? Oh anakku....
7. Tidak pakaikan baju.
Mak kata , jangan bagi Qasrina pakai baju sebab nanti miangnya bertambah-tambah. So, sepajang 3, 4 hari jugalah dia pakai seluar je. Dia kata, "malulah mama tak pakai baju..." Mandi tak pakai sabun hang tak malu pulak. Kan busuk... Tak mau???
8. Asingkan semua jenis permainan dan tempat duduk
Kalaun tempat duduk ke, kerusi ke, sofa ke, tempat tidur ke yang dah diduduki oleh Qasrina, maka saya haramkan kakak n Qistina duduk. Saya takut virus berjangkit. Klu diorang dah terduduk, saya suruh diorang mandi. Sekali kena insaflah diorang. Maklumlah semuanya malas nak mandi...
9. Tidak berkongsi makanan dan bekas makanan
Ni pun satu lagi undang-undang mencegah wabak merebak. Diorang bertiga tidak dibenarkan sama sekali berkongsi makanan atau bekas makanan. Makanan Qasrina yang tak habis pun tidak boleh dihabiskan oleh orang lain. Tapi makanan orang lain yang tak habis Qasrina boleh habiskan. Kalau diorang tersentuh Qasrina pun saya suruh cepat-cepat basuh tangan. Saya tak benarkan diorang main sama-sama dan duduk dekat-dekat.
Memang saya jaga betul-betul sebab takut berjangit kepada anak-anak yang lain. Alhamdulillah setakat hari ni semuanya masih terkawal... Saya hanya berusa berikhtiar. Yang selebihnya saya serah pada Allah mohon perlindungan-Nya.