Thursday, December 11, 2014

Mesin Basuh Yang Sesuai

Ramai yang keliru samada nak gunakan mesin basih semi-auto atau fully-auto. Kalau tanya pendapat saya kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangannya. 

Semi-Auto Washing Machine :
Mesin basuh jenis ni sangat sesuai untuk mereke-mereka yang sangat mementingkan kualiti dan keharuman pakaian. Mesin basuh bagus dalam memelihara kualiti, warna dan keharuman pakaian. Guna sabun pencuci biasa pun pakaian masih lagi boleh dijaga dengan baik dan masih berbau wangi walaupun tanpa menggunakan pelembut. 

Kekurangan mesin basuh ni pula adalah memakan masa yang agak lama sebab kalau kadang-kadang kita terlupa, makan dah siapla kita basuh baju. Mesin basuh ni beroperasi secara manual di mana memerlukan kita untuk sentiasa memantau progress nya sebab kita sendiri yang perlu setkan progress seterusnya.

Fully-Auto Washing Machine:
Mesin basuh jenis ni pulak sesuai sangat untuk orang yang tak de masa dan tak de maid. Hahaha... Macam sayala.... Kelebihan mesin basuh ni satuuuu je.. Dia membasuh dengan cepat dan ikut masa yang ditetapka tanoa kita perlu bersusah-payah tunggu dia. Letak sabun, set time pastu tunggu je dia menjerit inform dah siap. Sambil tu korang bolehla buat keja lain.
Tapi ada juga kekurangan mesin basuh jenis ni. Kualiti  dan keharuman pakaian mungkin kurang terjag. Mesin ni akan spin pakaian kita setiap kali selepas bilasan. Bayangkan kalau dia bilas tiga kali makanya tiga kali la pakaian kita akan dispin. Spin ni kan tak berapa bagus. Boleh mereputkan pakaian dengan cepat. Selain tu, pakaian kita kurang wangi. Kena beli pencuci yang memang betul-betul wangi untuk dapatkan keharuman pakaian tu. Ataupun gunakan pelembut pakaian untuk bilasan terakhir.

Ini pendapat saya sahaja. Terpulangla kat korang nak suka yang mana satu kan... Adapun cara basuhan yang paling baik adalah cucian tangan. Semuanya terjaga.. Tapi korang sanggup ke??? 


Cara Mengenalpasti Kosmetik Mengandungi Bahan Kimia Terlarang

Sekarang ni terdapat banyak sangat produk-produk kosmetik di pasaran. Macam-macam tag line yang diorang buat untuk menarik minat pelanggan. Saya pun kadang-kadang tergoda juga. Maklumlah pompuan kan.....

Tapi susah juga sebenarnya kita nak kenalpasti samada sesuatu produk tu selamat atau tidak. Ada yang iklanlakn kononnya organik berasaskan herba tapi bila pakai makin teruk pula jadinya. Maksudnya tak organikla produk tu kan.... 
Inilah merkuri yang boleh menyebabkan kerosakkan janin dan kanser
 Kat sini saya nak kongsikan cara untuk mengenalpasti samada sesuatu produk tu mengandungi merkuri atau tidak. Kaedah ni pun saya daptkan daripada blog-blog tempatan. Ada 3 cara :

Cara 1 :
Sapukan produk korang (day cream atau night cream) kat sehelai tisu. Pastu jemurkan tisu tu di bawah panas matahari. Kalau tisu tu bertukar menjadi hitam atau kelabu, maknanya produk tu ada mengandungi merkuri.


Cara 2 :
Ambil cincin emas atau gelang emas yang tulen. Kemudian calit sedikit cream korang kat cincin atau gelang emas tu. Pastu gosok kat tapak tangan. Kalau cream tu bertukar warna kelabu, maknanya produk tu mengandungi merkuri. Buleh jadi juga warna hijau gelap atau hitam. Lagi gelap warna maknanya lagi banyak merkuri yang digunakan.


Cara 3 :
Hantarkan produk korang ke lab untuk diuji samada ada bahan kima ke tak. 


Satu lagi cara nak tau produk tu ada merkuri ke tidak, tengok pada tekstur cream tu. Selalunya cream yang ada merkuri ni berkilat, melekit dan nampak macam diamond gitu..

Semalam saya ada beli satu produk yang menjanjikan puteh dalam masa 24 jam. Rasa diri ini agak bodoh sebab terpedaya dengan iklan macam tu. Lepas guna sabun dia muka jadi panas dan pedih. Saya dah rasa tak sedap hati. Terusla saya google tentang produk tu. Rupanya memang ada dah pengguna yang menyesal guna produk tu. Produk tu ok untuk bulan pertama tapi lepas tu akan ada la kesan sampingan. Bukan semakin cantik tapi semakin hudus jadinya. 


Saya pun tryla guna kaedah 2 untuk cek merkuri. Sekali day cream tu tukar jadi warna hijau gelap daaa..... Menyesal beli.  Night cream dia tukar juga tapi sikit je. Mungkin sikit kot kandungan merkuri dia. Tapi bila dah satu tak ok, saya simpulkan semua tak ok la kan. Saya pangkahla produk ni. Rugi je beli..

Sebab tu la saya terpanggil nak kongsikan kaedah nak kenalpasti merkuri ni. Kita orang pompuan ni memang mudah sangat terpengaruh dengan iklan-iklan dasyat kat web site kan.... Lepas ni kenalah lebih berhati-hati. Saya pun akan cuba cari produk yang lebih selamat lepas ni.

Wednesday, December 10, 2014

Cara Sucikan Permaidani Terkena Air Kencing

Suatu petang, masa tengah seronok bermain kat luar, anak kembar saya - Qasrina, terlompat-lompat bagaitau saya dia nak kencing. Masa tu saya tengah cabut rumput kat halaman rumah. 

" Mama, Qas nak kencing "
" Ha, masuk dalam cepat. Papa ada kat dalam. Bagitau papa Qas nak kencing ya "

So, saya teruskan mencabut rumput. Tetiba dengar Qas menangis dari dalam umah. Rupa-rupanya dia dah terkencing tapi tak sempat nak tanggalkan seluar. Papanya tengah solat masa tu. Dia kencing kat depan bilik air yang kebetulan percikan air kencing tu terkena pada carpet yang ada kat situ. 

Saya dah tak tahu macam mana nak buat. Dahla carpet tu berat. Nak membasuhnya siapla berminggu-minggu baru kering. Nak jadi cerita, carpet tu baru je balik dari dobi. Malas nak hantar lagi sebab berat nak angkat. 

Gambar hiasan dari en google
Jadinya, saya google la cari jawapan maacam mana nak sucikan najis air kencing yang terkena carpet. Saya angkat juga carpet tu dan basuh kat bahagian yang terkena sahaja. Saya lalukan air lepas tu bilas dan keringkan.

 Ini soalan dan jawapan yang saya jumpa di google.

Soalan :
Anak kecil saya yang berumur empat tahun terkencing di dalam masjid dan air kencingnya terkena karpet masjid. Bagaimana cara terbaik bagi membersihkan kawasan terkena najis pada karpet ini?
 
Jawapan :
Sekiranya karpet itu boleh diangkat, maka wajib diangkat dan di cuci di luar masjid. Kemudian, wajib membilasnya dengan air yang bersih selepas membasuhnya. 
Sekiranya sukar mengangkatnya kerana karpet itu di gam pada lantai ataupun ada barang-barang yang berat di atasnya, maka dimaafkan daripada mengangkatnya. Cara memcucinya, tuangkan air ke atas tempat terkena najis sehingga rata di kawasan najis itu. Kemudian, keringkan air itu dengan kain yang dilekapkan di atasnya. Ulang sebanyak tiga kali sampai tinggal lembap-lembapnya sahaja.
Apabila kering, tempat itu dikira bersih dan harus sembahyang ataupun lalu lalang di atasnya.   
 
 

Tuesday, December 9, 2014

My Journey With Garcinia Burner

Saya dah mula naik bosan dengan Set Shaklee. Bukannya tak berkesan tapi agak lambat keberkesanannya. Saya ni jenis yang tak boleh sabar dan nak nampak perubahan cepat.

 Sekarang ni dah mula berkenalan dengan produk baru yang direcomenkan by Dr Oz tu. Garcina Burner. Ye ke berkesan. Macam tak yajin tapi nak cuba juga.  Baru dua hari pengembaraan saya bersama Garcinia burner. Masih terlalu awal nak kongsikan kesannya. Katanya kesan buleh dilihat dalam masa 15 hari kan. Kena sabarla untuk dua minggu. Tunggu ye....  Saya akan update kesan produk ni nanti....


Bekas Rempah Baru

Cuti sekolah tahun ni memang dah plan nak buat macam-macam. Salah satu agenda terbesar adalah menyimpan dan menyusun atur rumah supaya kelihatan lebih tersusun. Tapi till the end of November, satu apa pun yang diplanning tak jadi-jadi lagi. Kelam kabut kabawah kabinet dapur tu tak taula nak cakap. Tak kira lagi serabut kat dalam peti sejuk. Semua nak buat tapi MALAS juga yang menang. Tak habis-habis melayan cerita Korea saja. 

Tapi dua tiga hari ni dah datang dah balik angin nak mengemas umah. Mula hari Isnin hari tu, saya kemas yang basic-basic dulu. Vacuum and mop lantai je. Hari Selasa keluar pekan shopping barang dapur and then terjumpa barang-barang yang boleh guna untuk menyusun utur dapur saya yang semakin parah. 

Saya dah pernah kongsikan rak rempak ratus saya. Mula-mula suka sangat. Dah setahun kat situ mula dah nampak kekurangan menggunakan balang rempah stainless steel ni. Karatnya sampai meluat mak nengok....

 Ini rak rempah saya sejak tahun lepas masa mula-mula pasang.


Lepas dah selesa duduk kat situ, gini pulak jadiknya....

Hudus dan berkarat terutamnya bekas yang isi garam. Yang lain-lain pun sama juga. Tak cantik dan sangat merbahaya kan....!!!

So, saya ambik keputusan semua balang-balang tu perlu ditukar baru. Puas cari yang sesuai nak letak kat situ. Saya sebolehnya nak elakkan balang berpenutup steel macam yang lama tu. Cari punya cari akhirnya jumpa juga balang yang murah dan yang penting penutupnya plastik. Confirm tak kan berkarat.
Saya beli balang ni kat kedai RM 2.00 je. Harganya confirmla 2 hengget kan. Lagi mau tanya. Bekas kaca berpenutup plastik dan yang paling best colour hijau... I like..... 

Dah alang-alang murah je saya rembat terusla 5 ketoi. Puas hati mak....

Lepas siap dicuci makanya , semua benda alah yang kat dalam bekas lama tu dipindahkan ke bekas baru. Seronokla diorang buleh pindah umah baru kan....



Pastu susun balik kat rak dia...



  Labelling masih belum sempat dibuat sebab hari tu lupa beli sticker paper masa pegi kedai buku. Coming soon okey...

Dah alang-alang tukar balang baru, saya pun buat clearance sikit kat rak rempah tuh. Maklumla dah lama tak service. Berminyak, kotor, berhabuk dan tunggang langgang botol-botolnya.
Sakit mata memandang kan....


Wah wah wah.... bersih berkilat adonya.... Barula semangat sikit nak memasak cenggini... Hahaha....Yolah tu semangat..... Penyakit M tu ngak bisa diusir lagi.....