Wednesday, November 5, 2014

Pokok Bantu Memasak

Bosan dengan perkataan BAHAN BANTU MENGAJAR. Nak manipulate perkataan tu untuk benda lainlah. Boleh kalau guna POKOK BANTU MEMASAK untuk describe pokok-pokok kat dapur rumah saya. Tak banyak pun pokok-pokok yang saya tanam di dapur. Tapi time-time terdesak bolehla guna. Jimat duit, tak yah beli dah.
 Pokok daun kari yang segar merimbun. Beli dari seorang rakan guru RM 15. Puas cari kat nursery dan pasar tani tapi tak de jual.

Pokok limau nipis. Banyak kegunaannya. Selain untuk masak boleh guna untuk kuruskan badan dan faktor sebenar saya tanam pokok ni sebab nak menjauh cik ulor masuk kawasan rumah. Saya terbaca petua halau ulor dalam blog-blog tempatan. Cara ni paling semulajadi dan berkesan. Alhamdulillah setakat pokok ni ada, tak nampakla lagi kelibat cik ulor dalam kawasan umah saya. Tapi yang penting doa dan tawakal pada Allah. Pokok tu hanya ikhtiar sahaja ye.....

Pokok cili padi. Beli dari rakan guru juga tapi tak ingat dah berapa hengget. Sangat meriah cilinya. Tapi selalunya saya tak sempat nak kutip. Ayam jiran sebelah sapu bersih dulu semua cili-cili comel saya ni. Heran betul ayam zaman moden ni. Tak pedas ke cili tu cik ayam oi??
Pokok kunyit. Kunyitnya jarang sangat saya ambik. Saya guna daunnya saja untuk masakkan rendang dan masak merah ayam. Kadang-kadang guna untuk balut ikan bakar. Baunya memang meruntun selera makan saya. Mak saya yang tanam masa mula-mula pindah masuk sini. Dah hampir dua tahunla pokok ni hidup kat sini.

Niat hati nak tanam pokok-pokok renek macam daun bawang, daun sup, pudina, kucai , pandan dan salad. Hari tu dah nampak kat pasar tani. Nak belilah nanti....

Tuesday, November 4, 2014

Tapak Parking

Penat mata nengok dua kereta tu disumbat bawah parking sedia ada sekarang. Sempit dan tak selesa. Saya dan keluarga nak keluar pun susah. Encik suami plan nak buat parking asing. Jadinya saya selaku perancang, arkitek dan kontraktor telah memutukan tapak yang sesuai untuk parking keta kami.
 Rasanya muat kot kalau nak parking bas sebijik pon.... Hahaha... :-)

Mawar Desa Pindah Tempat

Sejak mula pindah masuk rumah ni, saya memang suka sangat dengan bunga ros. Cantik dipandang dan wangi baunya. Suami pun suka bunga ros ni. Mula-mula dulu ada juga saya beli ros pelbagai warna. Antaranya kuning dan putih. Ros merah dan pink tu sumbangan dari mak. Tapi ros putih dan kuning tak berapa sesuai di tanah laman saya. Bulan pertama je berbunga lepas tu mandul. Geram punya pasal, saya buang terus dari pasu. Tapi ros kampung yang mak bagi tu memang tahan lasak. 

Sebelum ni saya tanam dalam pasu. Tapi bunganya tak banyak. Sebulan dua kali je berbunya. Kat umah mak di kampung meriahnya bunga dia. Mak cadangkan pindahkan ke tanah. Saya tanam dalam pasu sebab tanah laman saya berbatu dan keras. Malas nak korek. 

Bulan lepas mak datang umah. Dia korek tanah dan pindahkan ros saya ke tanah. Lepas seminggu saya terkejut dengan hasilnya....




 



Mohon diabaikan rumput liar yang mencacatkan pandangan mata. Tak sempat nak trim. Sibuk memanjang....

Tambah Koleksi Tanaman Hiasan

Sekarang ni saya dah mula berminat dengan tanaman hiasan yang tak berbunga. Kalau dulu, semua jenis bunga ros jadi kegilaan saya. Kalau pergi ke nursery, semua jenis bunga ros saya angkut. Alih-alih, bila balik tanam kat umah, dah jadi mandul pulak ros tu. Tak nak berbunga. Jadinya dah frust la ni.

Sekarang ni dah mula minat dengan pokok hiasan yang berdaun cantik. Selama ni mata saya tak nampak kecantikan pokok-pokok jenis ni. Sebenarnya pokok-pokok jenis ni lebih senaang dijaga dan diselenggara. Tak macam pokok bunga ros yang perlu dibelai selalu. Kebanyakkan pokok-pokok bunga hiasan berdaun cantik ni dari jenis pokok keladi dan pokok puding. Macam-macam warna dan jenis daun. Semuanya cantik dan memukau pandangan.

Kat bawah ni antara koleksi tanaman hiasan saya setakat hari ni. Niat hati nak tambah lagi. Memang dah aim dah 2, 3 jenis lagi pokok masa kat nursery hari tu. Tapi tak muat kereta nak angkut semua. Sabar. Lepas ni saya nak angkut juga.