Monday, September 29, 2014

Memerangi Serangga

Bercerita tentang serangga perosak ni, pelbagai jenis ubat serangga saya dah pernah guna tapi semuanya tak berkesan. Masa kat rumah sewa dulu, masalah paling besar adalah lipas dan tikus. Kalau time balik kampung, seminggu saya tinggal rumah, lepas balik ke rumah semula, rumah tu dah jadi macm rumah diorang dah. Botol minyak ditebuk si tikus, air minum dijadikan kolam si lipas dan semut. Diorang tinggalkan mayat-mayat sahabat mereka yang kurang bernasib baik kat dalam pelbagai bekas makanan. Penat dan tension sangat. 

Banyak ubat saya dah guna tapi satu pun tak menjadi. Hinggalah saya terjumpa dengan satu produk ni. Produk kampung je. Tapi sangat berkesan plus mesra alam pulak tu.

 Ubat anti serangga ni saya terjumpa kat Pasar Tani Pauh. Sebenarnya cari benda lain tapi terjumpa benda lain. Abang yang jual tu cakap memang berkesan dan mesra alam. Tak bahaya pada kanak-kanak dan wangi. Saya try beli yang kecik dulu. Balik rumah terus sembur dalam kabinet dapur. Pastu cari punca sang semut, sembur juga kat situ. Dalam beberapa minit je, masalah selesai. Semua semut dan lipas mati bergelimpangan. Cicak pulak, saya sembur kat tempat dia suka memerut dan melepak. Lepas tu dia tak datang dah situ. Yang paling best sang lalat. Lepas sembur je kat tempat dia hurung tu, terus lari dan tak datang balik dah walaupun sampah tu terdedah. Belum pernah cuba pada sang tikus sebab buat masa ni belum ada lagi sang tikus yang menghuni kat rumah saya.


Sampai sekarang saya masih lagi setia dengan ubat anti serangga ni. Sangat-sangat berpuas hati. Thumbs up for this product....

Karikatur Pendidikan

Terhibur melayan karikatur kreatif dalam surat khabar tempatan.




DIY Alat Lipat Baju

Seperti yang dijanjikan, saya akan tunjukkan cara nak DIY alat melipat baju. Sebelum ni saya dah share cara lipat baju yang lebih cepat dan mudah kat sini. Hari ni saya akan tunjukkan pula cara nak buat sendiri alat tu.

Bahan-bahan yang diperlukan :

i.     Cardboard
ii.    Masking tape
iii.   Gunting / pisau
iv.    Pembaris
v.     Pensil

Cara-cara :

Langkah 1 :
Ambil saiz lipatan baju yang anda kehendaki. Saya buat dua saiz berbeza untuk baju anak-anak dan baju saya dan suami. Untuk baju anak-anak saya buat saiz 7 inch manakal untuk baju saya  dan suami 10 inch.

Langkah 2 :
Ukur dan tandakan saiz yang anda kehendaki pada cardboard. Buat dua ukuran berbeza macam dalam gambar kat bawah ni.

Langkah 3 :
Lekatkan semua cardboard tu guna masking tape. Cantumkan bahagian-bahagian crdboard kecuali bahagian bawahnya sahaja macam gambar bawah ni.

Ni rupanya bila dah siap dicantumkan. Try test dulu sama ada sesuai muat atau tidak masa kita lipatkan kain. Lipat masuk bahagian kiri cardboard kemudian lipat pula bahagian kiri. Pastikan cardboard tidak melengkung dan muat seseloknya, Kalu melengkung, kena potong sikit bahagian kiri supaya bahagian kanan dapat dilipat dengan elok.

Siap.... Lepas dah siap bolehla melipat baju dengan jayanya...
Selamat mencuba.

Tuesday, September 9, 2014

Hikmah Kemalangan

Ini cerita tentang insiden yang baru jadi minggu lepas. Sekadar ingin berkongsi pengalaman dilanggar dari belakang. Nak jadi cerita, tiga hari sebelum kejadian, saya dan suami baru ambil kereta baru. Alhamdulillah rezeki Allah Taala. Tukar keta besar dan selesa sikit.

Kononya nak buat surprise kat family di kampung. Family saya sempatla merasa kesuprisesan tu. Tapi family mertua surprise macam lain pulak. Surprise dengan berita kitorang kena langgar. Dari happy surprise terus jadi sad surprise..

Kejadian tu berlaku di Alor Setar. Kitorang satu family dalam perjalanan nak ke Alor Setar untuk uruskan hal keta lama yang tak settle lagi. Sampai kat satu traffic light, tiba-tiba keta kami kena langgar dari belakang. Terpelanting anak saya Qistina dan Nabihah ke depan. Meraungla dua-dua tu. Nasib baik Qasrina kat belakang skali. Takla teruk sangat dia tercampak.

Tala teruk sangat kalu nak dibandingkan dengan kereta orang yang langgar kami. Tapi sangat terasa sebab keta tu baru tiga hari pakai. Sangat-sangat sedih...

Tapi Alhamdulillah yang langgar kereta kami tu setuju untuk bayar semua kos baikpulih. Allah permudahkan segala urusan. Lepas kes tu, kami ke workshop panel dan tokey kedai tempat saya beli kereta tu pun tolong uruskan sampai masuk bengkel. Siap bagi pinjam kereta company dia lagi untuk kitorang guna sepanjang kereta tu masuk bengkel. After sales service memang terbaik. Tabik springla kat Vimal Autocity, Alor Setar.

Lepas kejadian, saya dan suami muhasabah diri. Mungkin ada sesuatu yang kami lupa buat lepas Allah bagi kami nikmat kereta baru ni. Mungkin kami terlebih seronok sampai mungkin jatuh sedikit riak. Pasti ada sesuatu hikmah yang tersembunyi yang Allah dah sediakan untuk kami. Sekurang-kurangnya pengajaran yang paling jelas yang saya dan suami pelajari adalah jangal sekali-kali membelakangkan ibu bapa dalam kehidupan kita walaupun perkara tu sebenarnya hanya untuk mencari keseronokkan.

Lepas kena langgar tu, suami tersedar yang dia belum bagitau perihal kereta baru ni kat mertua saya. Niat hati nak surprise tapi bila dah jadi macam ni, rasa ralat sangat sebab tak bagitau awal-awal. Kalau bagitau awal-awal, mungkin doa mertua sentiasa bersama kami. Tapi benda dah jadi. Kami jadikan ianya satu pengajaran yang sangat berguna.