Lamanya tak update blog ni.. Dah basi dah rasanya... Tahun ni ada azam baru... "Nak aktif berblog.." Rasa mcm nak kongsi mcm2 plak.. Soooo, posting pertama untuk comeback ni ialah resepi bebola cheess.
Hari tu makan kat KFC tak sedap sgt. Even ada cheese tapi mcm tak best sgt.. Chese dia tak cair meleleh cam dlm iklan pon. Jadinya saya tanamkan azam nak buat sndr. Ni la resepinya ye...
Bahan-bahan:
Sedikit daging ayam kisah. (klu x nak boh pun x pe..)
Telor ayam 2 ketoi. Jgn pukul lama2 ye. Pecahkan bg bercampur je putih n kuningnye.
Serbuk roti (depend pd berapa biji chese ball korang)
Tepung gandum secukupnya
Chese...( jenis apa2 pun tak pe. Saya guna cheddar n parmesan campor)
Ubi kentang 5 bijik. Sila potong kecik dan rebus dgn secubit garam sampai empuk. Jgn lupa buang kulit ye.. Saya rebus dgn susu sbb nak bg lemak skit. Pastu toskan ye..
Cara-cara nak buat :
Mula-mula rebus kentang dgn air atau susu. Masukkan secubit garam ye... jgn banyak sgt garam sbb cheese dah masin. Rebus sampai empuk ye puan-puan...
Bila dah empuk, toskan dan biarkan sejuk seketika. Sementara tu bolehla readykan cheese. Bulat-bulatkan cheese tu mcm pic bwh ni pastu ketepikan.
Seterusnya, lenyekkan kentang rebus tadi sampai hancurla. Yang ni terlupa nak snap gambor. Maafkan hambe ye...
Pastu tambahkan daging ayam kisar dan tepung gandum secukupnya sampai jadi doh dan tak melekat kat jari. Klu lekat skit2 pun tak pe..
Dahtu, cubit doh tadi sikit. Bulat-bulatkan dan leperkan. Amik cheese yg bulat td dan balut cheese td dgn doh yg kita buat td. Pastikan cheese ditutup sebaiknya ye.. Jgn tebal sgt tepung kentang tu. Takut cheese tak cair masa masak nanti.
Lepas tu golekkan dalam serbuk roti untuk kali pertama. Jadi la mcm gambor bwh ni..
Lepastu celup plak dalam telur dan golekkan skali lagi dalam serbuk roti sampai jadi mcm ni...
Bila dah siap sesi golek-menggolek, silalah goreng dalam minyak panas dengan api yg perlahan je. Jgn buka api kuat sangat takut cheese tak cair...
Dan bila dah siap goreng, inilah hasilnya... Bolehla ngap ye... Jangan lupa Bismillah... Saya buat terlebih. So, saya golek dalam serbuk roti sekali je(tak celup telor) dan simpan dlm fridge.Esoknya goreng lagi.. Selamat Mencuba...