Assalamualaikum.... Dah lama tak update kan. Sibuk sangat lepas deliver baby. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun pelbagai dugaan melanda. Sebelum ni saya ada post entry tentang demam campak. Anak kembar saya terkena campak. Dalam dok risau takut terkena campak, anak sulung saya pulak berjangkit dari adiknya. Masa tu kandungan saya dah masuk 37 minggu. Seminggu lagi dah nak kena serah diri untuk dioperate. Bila kakak kena campak, adik pulak dah recover dan mula pegi sekolah. Alhamdulillah kembarnya masih lagi kebal. Teruk campak kakak. Ruam yang keluar besar-besar. Kat muka pun keluar ruam besar.
Dua, tiga hari lepas kakak kena campak, saya perasan ada sebiji ruam naik kat perut saya. Hati ni dah gundah gulana takut saya pun kena juga. Risau sangat-sangat memandangkan minggu depan dah nak kena operate. Saya inorm kat husband dan dia dengan yakinnya kata bukan campak tu. Kan dah pernah kena masa kecik. Klu ya pun takkan la nak naik ram kat perut dulu. Lagipun saya tak demam pun. Itu yang membuatkan saya yakin saya selamat dari campak.
Bila campak kakak hampir kering dalam dua tiga hari lepas tu, saya mula rasa sakit nak bersalin. Malu nak cerita, sebenarnya saya pun tak tau itu sebenarnya sakit bersalin. Saya tak pernah ada pengalaman sakit bersalin. Masa anak sulung tak sakit pun sampai terpaksa operate dan masa kembar tu pun tak sakit langsung sebab operate juga. Tapi kali ni, saya merasai pengalaman sakit nak bersalin. Walaupun ada dua hari lagi sebelum tarikh operate, saya dah mula sakit. Memang sakit sungguh rupanya rasa sakit nak bersalin.
Masa kat hospital, doktor cek bukaan tapi katanya kepala baby jauh lagi. Tapi contraction saya kuat dan kerap. Dia pun pelik. Dan doktor decide kena operate malam tu juga sebab jantung baby nampak macam tak ok. Saya sempat tumjuk ruam kat perut saya tu kat doktor dan bgtau dia anak saya kena campak. Doktor tu pu yakin saya selamat sebab saya tak demam dan ruamnya cuma seketul tu je kat perut. Ok, saya pun yakin sangatla yang saya selamat.
Proses bersalin kali ni cepat sangat memandangkan doktor takut anak saya lemas. Emergency ceaser. Masuk operating room pukul 8.00 pukul 10.00 dah siap semua. Nasib tak baik kali ni saya dapat doktor lelaki semuanya. Apakan daya. Dah nama pun emergency. Saya selamat melahirkan baby boy seberat 3.47kg. Saya n hubby setuju dengan nama Muhammad Umar Firas. Tak terkata gembira dan bersyukurnya saya kerana Allah makbulkan doa saya untuk menimang baby boy kali ni. Mulut tak henti-henti berzikir. Perasaan bercampur baur. Takut, gembira, terharu. Masa nurse bawa baby tunjuk kat saya, rasa macam nak nangis. Comelnya anak mama.... Nurse bagi cium lepas tu nurse bawa dia pergi untuk bersihkan. Dah kena operate ni memang tak de change nak pegang baby la. Paling kurang pun 6 jam baru boleh bangun ok.
Bila semua dah selamat saya dibawa ke wad. Bermulalah episod mengerikan dalam hidup saya. Dalam keadaan mamai ubat bius dan badan saya rasa seram sejuk sangat. Sejuk sangat-sangat. Saya mintak nurse tolong tutupkan kipas. Nasib baik kipas sorang satu atas siling. Kalau tak mau mengamuk orang katil sebelah. Nurse pelik sebab saya sejuk sampai menggeletar seluruh badan. Pastu nurse tu cek suhu badan dan conorm saya demam. Ok, masih lagi releks lepas makan ubat demam okla demam tu. Masa hubby, mak, n pama in law datang tu, saya dah boleh bangun dan dukung baby. Dalam hati masih lagi yakin yang saya masih selamat dari campak. Saya try susukan baby, peluk, cium dsb la kan as a mother. Sangat teruja sebab anak lelaki pertama. Kakak-kakak semua tak datang sebab hospital ni tak benarkan kanak-kanak bawah 12 tahun masuk wad. How cruel kan. Malam tu saya dipindahkan ke second class ward. Mungkin nurse tu bosan kot sebab sejak masuk wad lagi saya berkali-kali mintak ke 1st or 2nd ward.
Malam tu tinggal saya dengan baby Umar je. Saya cuba susukan dia walaupun susu tak de lagi. Lepas ni saya akan share pulak my breastfeeding journey k. Tetiba badan rasa seram sejuk semula. Demam datang balik. Saya panggil nurse sebab saya rasa lemah sangat dan tak mampu nak handle baby. Nurse cek suhu badan dan saya demam lagi. Nurse panggil doktor sebab suhu badan saya tinggi sangat. Masa tu satu badan saya rasa miang dan gatal. Bila saya tengok kat perut, MasyaAllah...terkejut sebab ruam dah penuh satu badan. Petang tadi kat muka pun ada ruam tapi saya ingatkan jerawat so ignore la kan. Doktor pun terkejut tengok keadaan saya. Dan saya pun ceritala yang anak-anak kat umah pun tengah kena campak. So, doktor diagnose saya demam campak. Saya ditolak ke 1st wad sebab takut berjangkit kat orang lain. Ha... Nak sangat 1st ward kan.. Ambikla kau. Baby Umar pulak terus dihantar ke NICU sebab untuk pantau samada dah terkena ke belum campak tu.
Tak pernah saya bayangkan keadaan akan jadi sampai macam ni. Sedih sangat bila baby Umar ditolak ke NICU. Confirm diorang suapkan dia dengan FM. Sapa nak jaga dia kalau dia menangis. Sapa nak dukungkan dia klu dia meragam. Macam-macam saya pikirkan dan air mata tak henti-henti mengalir. Kesiannya baby Umar. Kalau dia pun dah terkena campak macam mana? Hasil bacaan saya kalau baby kena campak boleh menyebabkan kecacatan otak. Ya Allah... Nauzubillah.
Tapi Alhamdulillah... Campak saya tak sempat berjangkit kepada Umar.. Syukur Ya Allah... Lepas seminggu saya di wad, saya mintak nak balik. Saya tak tahan dok di wad. Dahla kena quarantine dalam bilik sorang-sorang. Rasa macam nak gila. Dengan dada sentiasa penuh. Saya pam susu lepas tu susu penu balik. Kalau baby ada bolehla disusukan. Doktor kata saya boleh balik tapi baby tak boleh balik lagi sebab takut campak saya berjangkit. Masa ni campak saya dah ok. Tapi cuma doktor bimbang akan berjangkit. So, saya bagitau doktor, mak saya yag akan uruskan baby saya. Saya mintak nak bawa juga anak saya balik. Doktor benarkan dan saya perlu tandatangan surat risiko.
Lebih kurang l seeminggu lepas balik rumah, baby mula naik ruam merah. Saya memang tak sentuh baby langsung. Semua mak saya yang uruskan. Saya dah mula risau. Stressnya... Takut campak dah berjangkit. So, kami bawa baby ke emergency lai untuk pemeriksaan. Saya hanya boleh tengok baby dari jauh. Bayangkanlah perasaan bagaimana perasaan saya. Anak yang kita lahirkan tapi nak pegang pun tak boleh. Setiap hari saya menangis. Sedih sangat... Anak saya tak bleh direct minum susu dari saya. Masa dia menangis pun saya tak bleh dukungkan.
Alhamdulillah, lepas doktor check, Umar bebas dari campak. Syukurnya Ya Allah. Doktor yang merawat Umar tu ada maklumkan bahawa masa di NICU dulu, diorang dah imunkan Umar dengan imunisasi yang dapat protect Umar dari semua jenis virus dalam masa dua minggu. So, InsyaAllah Umar akan selamat dari semua jenis virus termasuk virus campak. Lega saya mendegarnya. Kami balik ruah dan rutin penjagaan baby terus diamil alih oleh mak saya. Saya sangat terhutang budi pada mak. Walaupun dengan kudrat kesihatannya yang tak elok mana, mak sedaya-upaya cuba uruskan baby saya.
Dua minggu berlalu barulah saya bleh pegang dan dukung baby Umar. Mak saya tak mahu benarkan lagi sbenarnya. Tapi, saya yakin saya dah pulih sepenuhnya dari campak. Pertama kali pegang dan dukung Umar selepas hampir 3 minggu tak sentuh dia, jatuh air mata saya. Ya Allah, Alhamdulillah.. Allah pelihara Umar. Saya peluk, saya cium Umar sepuasnya. Dan saya cuba susukan terus Umar dari dada saya. Memang Umar menolak.
Lepas seminggu mencuba Alhamdulillah, Umar mau menyusu terus dari dada saya. Syukur tak terkata. Nikmatnya menjadi seorang ibu. Dan sekarang ni, Umar membesar dengan sangat sihat.